CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Setiap kali solat, saya doa agar sebumbung dengan suami’ - Wany Hasrita

9-5-2025 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 685| Komen: 9

 


Hampir empat tahun menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita mengakui masih sakit menahan rindu namun kini lebih cekal dan matang menanganinya.

Ujar Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, meskipun hakikatnya saling berjauhan bukan perkara mudah, dia sedaya upaya belajar untuk memujuk hati dan bersyukur atas setiap aturan Tuhan.

“Bukan mudah menjalani hubungan jarak jauh, tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa.

“Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata. Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan.

“Jadi, untuk soalan PJJ tu, alhamdulillah, saya dah belajar terima,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun Cinta Khayalan itu lagi, setiap kali mendapat cuti, dia bersama anak perempuan, Aishah Al Iman, pasti akan terbang ke Sarawak untuk bertemu suami, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di sana.


“Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya.

“Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput. Suami suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itu waktu tenang kami,” kongsinya.

Meskipun tampak kuat di luar, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) itu tidak menafikan hatinya tetap sarat doa, berharap agar suatu hari nanti mereka dapat tinggal bersama sebagai satu keluarga lengkap.

“Untuk tinggal bersama itu mestilah ada perancangan malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.

“Rezeki pekerjaan, ruang untuk tinggal bersama, semua itu saya mohon supaya dapat hidup sebumbung dengan suami.

“Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan Tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita,” tuturnya pada majlis pelancaran lagu Jahat bersama media dan peminat, di sini, semalam.

Untuk rekod, merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

Dalam perkembangan kerjaya, Wany tampil dengan single terbaharu berjudul Jahat, karya bernuansa emosi yang turut diangkat sebagai lagu tema drama bersiri Pabila Dia Tersenyum dan ditayangkan di platform Viu sejak 24 April lalu.

Lebih istimewa, lagu tersebut menjadi detik kerjasama pertamanya bersama komposer popular Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, di bawah terbitan Sony Music Malaysia.

Single Jahat kini boleh didengari dalam semua platform penstriman digital utama seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 9-5-2025 09:22 AM
Apa yang susahnya...ko bkn keje mkn gaji..slow down je la jadi retis..pindah ke swak ikut tok laki yang keje makan gaji...

Everytime ada event baru turun kl...dh nk sgt kawen dgn pilot lepas tu merentan xblh tinggal sebumbung...
Quote L.U.S.M 9-5-2025 09:23 AM
Edited by L.U.S.M at 9-5-2025 09:25 AM

Rengsek tau org xreti kira ni

Kawen baru 2022 now 2025

Tiba2 tulis
Hampir empat tahun menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita mengakui masih sakit menahan rindu namun kini lebih cekal dan matang menanganinya.

4tahun celah mana nyahhh..3tahun pun belum smpi
Quote lifeline 9-5-2025 09:40 AM
L.U.S.M replied at 9-5-2025 09:23 AM
Rengsek tau org xreti kira ni

Kawen baru 2022 now 2025

terpaling pjj yg menderita hahaha
mcm u ckp la keje bukan makan gaji yg nk kena apply cuti
masuk kul 9pagi balik kul 5 ptg pon

tu berlambak2 lagi yg pjj yg betul2 struggle
keluar 6pgi dgn bawak anak
pastu balik amik anak kena jaga anak sorang2
berbelas2 tahun dah pon
lagi kesian tauuuuuu
mmg salute la pasangan pjj terutamanya dgn si isteri
Quote cantthinkofany 9-5-2025 11:04 AM
ntahnya....tiket pergi balik sarawak bukan mahal pun....300 RM lebih je pergi balik......overrr...
Quote L.U.S.M 9-5-2025 11:24 AM
cantthinkofany replied at 9-5-2025 11:04 AM
ntahnya....tiket pergi balik sarawak bukan mahal pun....300 RM lebih je pergi balik......overrr...

Suami pilot bukan tukang cuci sampah pun
T20
Klu keje dgn mas, siap ada ticket discount up to 90% fare utk self and family members...
Apa yang meratib nk tinggal sebumbung sgt? Bkn straight 3bulan xjumpa..klu sebumbung pun laki ko fly tetap ko xjumpa...rengsek betul aku dgn acik wany garita ni...

Tgk Amira nk kawen dia mcm jelly ek..adik Amira je yang byk up, even hael yang xbpe rapat pun function tp dia ni? Mcm bff terpaling busy n terpaling xde function

Tak nmpk lgsg pun dia dgn fatamira..langsunggggg!
Quote innocentsangat 9-5-2025 11:27 AM
Motif nak pjj? Ya Allah. Kalau sorang tu cikgu tu lain cerita nyah.
Quote akies 9-5-2025 11:37 AM
Stay je la sarawak.
Quote SherryZass 9-5-2025 11:46 AM
Lah ada lagi benang ni. Kena mengutuk dua kali ke ni nyahhh
Quote cap_ayam 9-5-2025 11:20 PM
Muka seiras

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050122 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top