CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak nak sedih lama-lama, Kiah Propa gigih kerja nak sara anak-anak

14-4-2025 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2297| Komen: 28|Original author: Raline

kp.PNG

Selepas pemergian suami pada 1 April lalu, pelakon dan pengacara Kiah Propa nekad meneruskan usaha mencari rezeki bagi membesarkan dua anak perempuannya yang sedang membesar.

Kiah atau Siti Rokhaida Abdul Khalil, 46, berkata, tidak hanya fokus kepada anak-anak tetapi perlu memikirkan nasib pekerjanya selain banyak tanggungjawab lain yang perlu diberi perhatian.



“Fokus saya hendak berniaga, cari rezeki untuk anak-anak. Pekerja pun hendak diberi makan (gaji).

“Banyak tanggungjawab, jadi malas hendak cakap benda lain dan tak suka hendak bersedih lama-lama, nanti mudarat.

“Lebih baik kita tenang dan teruskan kehidupan,” katanya.



Kiah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian tersebut, Kiah memberitahu selain mengusahakan kedai makanan di Teluk Intan, Perak, dia juga sedang dalam perancangan meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan di Selangor.

Dalam pada itu, Kiah memberitahu sekarang bukan lagi masa meratapi pemergian Allahyarham suami sebaliknya ingin meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kiah berkata, dia enggan perasaan sedih memudaratkan diri sehingga tidak mampu melakukan perkara lain.



“Masa bersedih sudah tamat. Biarlah bersedih di dalam hati sahaja. Usah di bawa meleret-leret, kalau tidak nanti memudaratkan diri.

“Kiah kena bekerja, dulu ibu tunggal sekarang balu pula... Lain rasanya tapi tak mengapa, kehidupan perlu diteruskan,” ujarnya.

Pada 1 April lalu, suaminya iaitu Allahyarham Mohamad Nazri Ismail menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya kira-kira pukul 5 pagi.



Untuk rekod, Kiah dan Nazri mendirikan rumah tangga pada 2011 namun pasangan itu bercerai pada 2016.

Pasangan itu kembali berkahwin pada 16 November 2024 selepas Nazri disahkan menghidap kanser leher.

Kiah bertindak melamar Nazri kerana mahu menjaganya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-4-2025 12:55 AM
Semoga dipermudahkan urusan.

Quote nazzse 12-4-2025 08:08 AM
Tahap sabar & rajin dia respek betul. Tinggi redha dia pada Allah swt, patut murah rezeki
Quote I.K.A888990 12-4-2025 08:21 AM
selalu lalu video kak kiah ni jaga arwah sambil2 tu tetap berniaga lepastu buat paid review lagi..tabah betul dia
Quote matbad 12-4-2025 08:21 AM
nazzse replied at 12-4-2025 08:08 AM
Tahap sabar & rajin dia respek betul. Tinggi redha dia pada Allah swt, patut murah rezeki

Betul tu..nk ikhlas betul2 utk redha bknnya mudah..tp ganjarannya sgt la besarrrr
Quote Shayang 12-4-2025 11:08 AM
Kak kiah mmg level lain
Aku ada soft spot ngn dia
Selalu layan live dia ngn kawan dia si abanh nursiah tu
Jiwa peniaga yg kental belaka
Makan atas duk bersila atas jalan pun takde hal
Aritu masa bulan puasa gigih meniaga kat bazar berpanas berhujan
Kejap2 kena menengokkan laki yg sakit lagi.
Dia ada je pilihan sblm ni utk tak perlu lalui kesusahan tu tp hati dia baik dan dia berperikemanusiaan sbb tu dia amik tanggungjawab dan kahwin ngn abang nazri balik walau sedar ianya cukup mencabar.
Quote swateng1 14-4-2025 12:28 PM
kiah propa walaupun mulut bising, sakit telinga dengar suara dia. tp dia baik sgt sanggup kawen dgn suami sbb suami sakit and nak jaga suaminya tu.. semoga dimurahkan rezeki kk kiah
Quote Glass_shoes 14-4-2025 12:32 PM
Edited by Glass_shoes at 14-4-2025 12:33 PM

Ni lah iron lady yang sebenar..Bukan yg tinggal anak memanjang demi untuk bersama jantan sepanjang masa
Tabik untuk Kak Kiah
Quote airmineral 14-4-2025 12:50 PM
Shayang replied at 12-4-2025 11:08 AM
Kak kiah mmg level lain
Aku ada soft spot ngn dia
Selalu layan live dia ngn kawan dia si abanh nursi ...

nursiah tu kawan dia ek? i ingatkan adik beradik dia..huhu
Quote dewi_rina 14-4-2025 12:58 PM
Orang macam ni yang kita perlu bantu, dia sangat gigih cari rezeki untuk anak-anak dia
Quote Glass_shoes 14-4-2025 02:14 PM
dewi_rina replied at 14-4-2025 12:58 PM
Orang macam ni yang kita perlu bantu, dia sangat gigih cari rezeki untuk anak-anak dia

Tu pon kat TT ada yg komen Kak Kiah x boleh keluar dan bermedia sosial sebab tengah iddah
Quote Burong_Hantuk 14-4-2025 02:20 PM
satu jer yg aku kurang setuju,dia upload segala video arwah masa tengah sakit kat socmed..masa dh nazak pun sempat upload video..
Quote black_handbag 14-4-2025 02:24 PM
dia ni mulut bising tapi aku percaya hati baik. bukan semua org nak kutip bekas suami yg sakit balik sbb nak jaga
Quote Peachlilac 14-4-2025 02:46 PM
semoga dimurahkan rezeki kak kiah propa. semoga dapat ganjaran yg setimpal dgn kesabaran, kebaikan dia.
Quote dewi_rina 14-4-2025 03:49 PM
Glass_shoes replied at 14-4-2025 06:14 AM
Tu pon kat TT ada yg komen Kak Kiah x boleh keluar dan bermedia sosial sebab tengah iddah

Kak kiah ada main bola tepi pantai private sambil pakai bikini ke?

PS yg menantu org kaya pun masa dalam iddah dia langgar je, nak cari duit untuk anak2 katanya
Quote OsHiN_hOnEy 14-4-2025 05:09 PM
semoga berjaya mcm bini arwah abam tu
org rajin ni mmg akan ada jer cara nak cari rezeki
ciri2 org berjaya ada pada org yg rajin and consistent
Quote sayawifenikmie 14-4-2025 06:27 PM
Edited by sayawifenikmie at 14-4-2025 06:30 PM
Burong_Hantuk replied at 14-4-2025 02:20 PM
satu jer yg aku kurang setuju,dia upload segala video arwah masa tengah sakit kat socmed..masa dh na ...

akak pernah tulis kat ig dia
niat dia nikahi semula arwah adalah untuk menjaga arwah
tapi dia banyak tumpu pada bisness dia a
semasa arwah menghembuskan nafas terakhir ...
saat saat akhir dia
ada ke yg bersama dia
mengajar dan lead dia utk shahadah
and biasa le .. kena "serang"

itu je kalau nak ada ralat nya
kalau ada

tapi saya tidak berada di tempat diadan tak terbuat apa yg kiah buat sebenarnya
besar pengorbanan dia
fizikal mental perasaan

Quote sayawifenikmie 14-4-2025 06:29 PM
Edited by sayawifenikmie at 14-4-2025 06:31 PM

tapi
sebenarnya .. besar pengorbanan kiah tu
salute sangat2 kat dia
gelak besar dia kita nampak
tapi hati dia kita tak nampak
kalau kita
mungkin tak terbuat macam apa yg dia buat
Quote Shayang 14-4-2025 06:59 PM
airmineral replied at 14-4-2025 12:50 PM
nursiah tu kawan dia ek? i ingatkan adik beradik dia..huhu

Dulu siah keje ngn dia
Rapat cam adik badik laaa
Quote kmbg 14-4-2025 08:09 PM
Siah tu mcm adik angkat dia ..mmg byk niaga sama..dari tghari sampai pukul 2,3 pagi berangkut kdg dari teluk intan ke KL..gigih dia cari rezeki dgn jenguk husband sakit kat IKN..tengok dia pun rasa penat..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037770 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top