SETIAP organisasi pasti mempunyai polisi dan peraturan yang ditetapkan bersesuaian dengan tugas atau bidang kerja. Penetapan itu dibuat bagi memastikan kelancaran operasi harian dan produktiviti di samping menjaga disiplin pekerja. Namun begitu, garis panduan yang dibuat itu perlulah mengambil kira nilai kemanusiaan dan kebajikan termasuklah faktor keadaan pekerja seperti wanita hamil. Menerusi satu hantaran, seorang pengguna media sosial berkongsi kisah rakannya yang kematian anak dalam kandungan. "Kawan aku hamil, kerja tak duduk. "Kemudian dia ambil kerusi dan duduk sekejap, tapi bos aku nampak kat CCTV (kamera pengawasan). "Bos hubungi dia dan cakap jangan duduk," ujarnya yang bersimpati dengan nasib rakannya itu. Lebih mengundang rasa pilu, katanya, rakannya itu sedang sarat hamil tujuh bulan.
Menurut wanita itu lagi, dia percaya tindakan majikan mengakibatkan rakannya keletihan seterusnya kehilangan anak dalam kandungan. "Anak dia meninggal dalam perut, masa tu baru tujuh bulan," kongsinya lagi, tanpa memberitahu lokasi tempatnya bekerja dan tarikh kejadian. Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya. Selain turut berkongsi pengalaman hampir sama, beberapa netizen turut tampil meluahkan rasa simpati. Ada yang mencadangkan supaya insiden tersebut dibawa ke muka pengadilan. "Saman balik syarikat tu, asyik kita beralah dalam senyap je tak guna. Biar ia jadi pengajaran untuk mereka juga. "Kedai mana yang tak bagi pekerja dia duduk tu, kita boikot, jangan beli di situ, tak ada perikemanusiaan. "Tempat saya kerja dulu pun tak boleh duduk, apabila nak duduk sekejap nanti ada yang perasan kita duduk lama. Memang ada je orang atasan yang tak bersimpati. "Majikan tu macam boleh diambil tindakan, dalam kereta api pun ada keutamaan untuk wanita hamil," demikian antara reaksi netizen. Sumber :– mStar |
doubleA replied at 17-6-2025 07:28 PM
Masa iols kerja cashier pasaraya lepas spm dulu pun memang peraturan tak boleh duduk. Ada customer l ...
Decaffeinated replied at 17-6-2025 04:49 PM
Aku rasa anak tu mati dalam kandungan takde kaitan dengan tak boleh duduk kot
prince_marhaen replied at 17-6-2025 05:31 PM
Kau ada pilihan lain dik... dah kawin, main, beranak, kena pandai fikir mana yang terbaik. Takkan se ...
B40tastePosh replied at 17-6-2025 07:31 PM
Tak payah la kerja dah mengandung camtu...tak kesian kat anak ke?
asfaz replied at 17-6-2025 12:23 PM
Kebanyakkan kilang sekarang kerja berdiri. Bayangkan 8,10,12j kena berdiri. Tp selalunya kilang akan ...
Kitty_catz replied at 18-6-2025 08:53 AM
meols dulu intern intel penang.. dlm clean room mmg takde bangku kecuali dekat end of line tu
ras ...
ADVERTISEMENT