CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya komited bersihkan nama, harap doa daripada semua’ - Naim Daniel didakwa lakukan amang seksual

17-6-2025 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6548| Komen: 110

 


Didakwa terlibat melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, penyanyi Naim Daniel enggan mengulas panjang supaya tidak mengganggu proses perbicaraan di mahkamah.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, bersedia untuk memberikan kerjasama sepanjang kes berlangsung.

“Saya di sini baru saja didakwa untuk satu pertuduhan berat, saya faham semua ada persoalan dan banyak tanda tanya yang mengejutkan setengah pihak.

“Buat masa sekarang saya belum bercadang untuk mengulas panjang oleh kerana kita masih di peringkat awal. Saya tak ingin ada campur aduk yang boleh mengganggu perbicaraan nanti.

“Setakat ini, saya serahkan kepada sistem pengadilan. Saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi bersihkan nama, harap dapat doa dari semua,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Sesyen hari ini.


Ditanya mengenai jadual kerja, penyanyi lagu Sumpah itu berkata, perkara tersebut masih dalam proses perbincangan dengan pihak pengurusnya iaitu XO House.

“(Dari segi) persembahan masih ada perbincangan dgn pihak pengurus.

“Setakat ini, saya hanya mahu laksanakan apa yang ada di depan,” ujarnya.

Hari ini, Naim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim Daniel diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah kemudian membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan. 


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 17-6-2025 01:24 PM
mangsa sila fight sampai mati
jgn  biar wongkong ke dua beranak pinak menial
menormalisasi manipulate minor manipulate anak dara
Quote royaldanish 17-6-2025 01:51 PM
sapa ingat zaman tekya & anju suka clubbing n selalu duk MO tu?
ni yg sama duk menumpang bilik dia dulu bawa awek ke bukan ye?
Quote sukanyanyi 17-6-2025 01:56 PM
royaldanish replied at 17-6-2025 01:51 PM
sapa ingat zaman tekya & anju suka clubbing n selalu duk MO tu?
ni yg sama duk menumpang bilik dia d ...

Ha? Chuols ckp psl ape? Maeljani ke?
Quote ashilalat 17-6-2025 01:59 PM
royaldanish replied at 17-6-2025 01:51 PM
sapa ingat zaman tekya & anju suka clubbing n selalu duk MO tu?
ni yg sama duk menumpang bilik dia d ...

Itu bukan ismail izani anak suliza salam ke?

By the way..harap mangsa perjuangkan sehingga ke titik akhir. No doa for pendosa kalau betol dia mmg lakukan amang seksual. Kau aniaya anak dara org.
Quote apedehal 17-6-2025 02:00 PM
Ehh..doa la sndiri kau
Quote supernaturalee 17-6-2025 02:10 PM
2 bulan lagi

i wonder 'drama' ape yg akn keluar nnt

Quote weezerfan 17-6-2025 02:45 PM
Kosser nak doa..smg mereput segala keturunan pedo semua
Quote SANKURIANG 17-6-2025 02:52 PM
Syed wukong dan CEO batu bata tu apa citer? Mereka ni harap keluarga mereka aja la yg tolong doakan….
Quote laksmanabentan 17-6-2025 03:19 PM
hujung2nya pompuan tu malu, depresi dan tak boleh nak jawab semua soal2 dengan main
dan..... kalah di mahkamah...
ND dibebaskan dari tuduhan......
Quote Zeelalala 17-6-2025 03:21 PM
Asal suka sama suka sampai basah lepas tu pandai2 la korang bertanggungjwb atas perbuatan sendiri
Quote sukanyanyi 17-6-2025 03:46 PM
supernaturalee replied at 17-6-2025 02:10 PM
2 bulan lagi

i wonder 'drama' ape yg akn keluar nnt

Benci la benda lambat2 mcmni.. haish.. tp kalo heols bijak, heols diam aje kot sepanjang 2 bln akn dtg ni. Jgnla mntk org doa, mcm tak sesuai ckp cmtu. Doa sendiri2 jela kot dgn family. Skang ni mcmne la ngn show2 tertunggak tu. Kalo buat kang takot kena boo ke kena baling benda atas pentas
Quote doubleA 17-6-2025 03:47 PM
Pemangsa acah mangsa sebab pemangsa lebih berpengaruh. In the first place kalau ko tak gatal, boleh tahan nafsu gajah tu benda ni tak jadi. Umo dah matang apsal tak nikah? Nikah tu senang je yg buat susah diri ko dan keluarga ko
Quote sukanyanyi 17-6-2025 04:22 PM
doubleA replied at 17-6-2025 03:47 PM
Pemangsa acah mangsa sebab pemangsa lebih berpengaruh. In the first place kalau ko tak gatal, boleh  ...

Agaknya dik iman troysivan pon kecewa abg syg dia buat mcmni. Taknak pulak menikah ngn dik iman tersyg tu kalo dh gersang. Tak pon dik iman spupu jauh tu. Naim,naim.. salah langkah betul
Quote boudinniA 17-6-2025 04:32 PM
Mesti ramai fans akan berdoa untuk heols. Terutamanya fans perempuan.
Quote cmf_PariS 17-6-2025 04:37 PM
akal pendek nk minta doa utk kau pula ehhhhh sendiri dosa sendiri bertaubat lah.. sorry pangkah terus dia ni.. harap jgn jd artis sampai bila2 ya
Quote sapeka 17-6-2025 04:40 PM
Mampu bernikah
Tapi pilih jalan ni
Quote doubleA 17-6-2025 05:46 PM
sukanyanyi replied at 17-6-2025 04:22 PM
Agaknya dik iman troysivan pon kecewa abg syg dia buat mcmni. Taknak pulak menikah ngn dik iman te ...

Bukan taste kot dua2 iman tu. Taste heols amoi kot tu yg terbabas. Sendiri salah tindakan tanggung la akibat
Quote sukanyanyi 17-6-2025 06:01 PM
doubleA replied at 17-6-2025 05:46 PM
Bukan taste kot dua2 iman tu. Taste heols amoi kot tu yg terbabas. Sendiri salah tindakan tanggung ...

Itulah.. somehow laki meleis mcm suka sgt ngn amois.. erm nasik da jd bubuq.. mcm nightmare meols rase semua ni. Sbb sblm ni minat la gak heols. Tp kalo dh salah, takkan nk sokong kn. Now meols tunggu ajelah 2 bulan lg.
Quote ina_na 17-6-2025 06:24 PM
Wehhh amang sexual ni pe sbrnye...iolss dah kompius pulak.. yg jd mangsa dia ni amoiii atau org melayu..iolss kompius pulak jdnye..nampak gambar dia teringat dia berlakon jd oku dl..trs otak x leh fkr...

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038772 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top