SEORANG penumpang yang menaiki pesawat Air India tampil mendedahkan beberapa keadaan tidak sempurna yang dialaminya sepanjang penerbangan dari Delhi ke Ahmedabad. Menerusi hantaran di platform X, individu dikenali sebagai Akash Vatsa mendakwa sistem penyaman udara, suis lampu pemanggil anak kapal serta sistem hiburan dalam penerbangan tidak berfungsi. "Saya dalam kapal terbang yang sama dua jam sebelum ia berlepas dari AMD (Ahmedabad). Saya dari DEL (Delhi) ke AMD. "Saya perasan ada perkara yang pelik (luar biasa atau tidak normal) masa dalam kapal tu,” katanya yang duduk di tempat duduk 25A. Vatsa mendakwa kapal terbang yang dinaikinya itu adalah pesawat sama yang terhempas pada Khamis hingga mengorbankan 241 individu termasuk 229 penumpang dan 12 anak kapal. Pihak polis Ahmedabad mengesahkan seorang penumpang lelaki, Vishwash Kumar Ramesh berusia 40 tahun terselamat dan mendapat rawatan di Hospital Awam, Asarwa di Ahmedabad.
Nahas tragis membabitkan pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India itu dalam penerbangan menuju ke London, United Kingdom (UK) itu berlaku sebaik sahaja pesawat berlepas dari bandar Ahmedabad. Tambah Vatsa, dia sempat merakam video sepanjang penerbangan tersebut dengan niat untuk dijadikan bukti serta menuntut penjelasan daripada pihak Air India. Menerusi rakaman itu, Vatsa menunjukkan keadaan dalam pesawat yang panas hingga membuatkan penumpang menggunakan majalah yang disediakan untuk bacaan penumpang sebagai kipas. Turut kelihatan, skrin peribadi untuk penumpang tidak berfungsi dan butang pada alat pemanggil kru kabin yang langsung tidak memberi sebarang respons. -Agensi Sumber:- mStar |
Samerosie replied at 14-6-2025 07:05 AM
Usually org akan avoid fly pakistan air, ke garuda yg ada history banyak crash. Air india ni org av ...
Claudia_Lestat replied at 14-6-2025 09:23 AM
sebab ketibas tu aiols elak masuk dalam kapal AI dgn IC ni dulu. kenot tahan.
Samerosie replied at 14-6-2025 10:20 AM
Depa suka juga naik sia. Belum apa2 dah minta whisky belum lagi take off.
SalenaGomez replied at 14-6-2025 10:04 AM
Somehow SG mcm nak relates je serangan israhell pd iran yg lebih kurang timing dgn nahas ni.
TravellingBear replied at 14-6-2025 11:28 AM
Teori konspirashit kah ceciter
ADVERTISEMENT