DUA sahabat lelaki dari London berkongsi detik-detik akhir mereka di India hanya beberapa jam sebelum menaiki pesawat Air India yang terhempas pada Khamis petang. Mangsa, Jamie Meek yang merupakan pengarah pusat kesejahteraan, The Wellness Foundry di London baru sahaja menamatkan percutian bersama sahabatnya, Fiongal Greenlaw-Meek di India. Menerusi beberapa hantaran di Instagram pada Rabu malam, dia merakam suasana tenang dan indah sebagai kenangan malam terakhir di India. Jamie menggambarkan pengalaman bersama rakannya itu sebagai 'magical' (menakjubkan) sambil berkongsi gambar penginapan mereka di hotel warisan, The House of MG di Ahmedabad. Kemudian pada pagi Khamis, Jamie sempat merakam video kenangan bersama Fiongal ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas menaiki penerbangan Air India AI171 dari Ahmedabad ke London Gatwick.
"Kami di lapangan terbang, baru nak naik pesawat. Selamat tinggal India," kata Fiongal. "Selamat tinggal. Perjalanan 10 jam balik ke England," sambut Jamie. Namun tiada siapa menyangka momen ceria itu adalah kenangan terakhir untuk ahli keluarga, kenalan dan pengikut mereka di media sosial apabila pesawat yang mereka naiki terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel. Pesawat Boeing 787 itu membawa 242 orang termasuk 230 penumpang dan 12 anak kapal. Hanya seorang penumpang lelaki dikenali sebagai Vishwash Kumar Ramesh, 40, terselamat yang kini dirawat di Hospital Awam Asarwa, Ahmedabad. Pihak berkuasa masih menyiasat punca nahas yang disifatkan antara paling tragik dalam sejarah penerbangan India. -Livemint Sumber:- mStar |
Jamie Meek yang merupakan pengarah pusat kesejahteraan, The Wellness Foundry di London baru sahaja menamatkan percutian bersama sahabatnya, Fiongal Greenlaw-Meek
Decaffeinated replied at 13-6-2025 11:23 PM
Apasal sahabat dia adopt dia punya last name?
Jitu replied at 13-6-2025 11:30 PM
couple gay la tu
Decaffeinated replied at 13-6-2025 03:23 PM
Apasal sahabat dia adopt dia punya last name?
Decaffeinated replied at 13-6-2025 11:35 PM
Aku tak kata tau, ko yang kata
Tapi kalau betul pun itu tak dianggap menghina bagi dorang k ...
Decaffeinated replied at 13-6-2025 11:35 PM
Aku tak kata tau, ko yang kata
Tapi kalau betul pun itu tak dianggap menghina bagi dorang k ...
FOTHER-MUCKER replied at 14-6-2025 05:24 AM
Ada conspiracy tentang viswashkumar
Decaffeinated replied at 13-6-2025 11:35 PM
Aku tak kata tau, ko yang kata
Tapi kalau betul pun itu tak dianggap menghina bagi dorang k ...
TravellingBear replied at 13-6-2025 03:04 PM
Yg komen tu tak baca betul2 apa yg viswashkumar bgtahu? Nampaknya forumnesr sini way better memaha ...
Samerosie replied at 14-6-2025 06:42 AM
Betullah tu dlm video dia refer to 'sahabat baik' dia as my partner hahaha media mesia ni kan suka ...
dua_chzy replied at 14-6-2025 01:14 AM
Gay couple/hubby-wife kot.
FOTHER-MUCKER replied at 14-6-2025 08:43 AM
Memang betul betul keajaipan lah dia selamat, jika benar itu adalah dia yang sebenarnya. Sebab itu ...
FOTHER-MUCKER replied at 13-6-2025 09:24 PM
Ada conspiracy tentang viswashkumar
hyie replied at 14-6-2025 05:50 AM
orang pelik sebab baju dia elok je kaler putih takda kotoran. Ke masa kat dalam plane tu heols pakai ...
dua_chzy replied at 14-6-2025 01:55 PM
Kotor la. Tengok video ni.
https://www.bhaskarenglish.in/amp/national/news/2-miracle-survivors-in ...
ADVERTISEMENT