PELAKON Sharifah Sakinah akhirnya terbuka berkongsi wajah lelaki dipercayai suami yang dinikahi sejak April lalu. Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat menghadiri satu acara bersama lelaki yang dikenali sebagai Cyril Kongo itu. Malah menerusi hantaran yang di muat naik, dia juga menggelarkan lelaki tersebut sebagai 'laki' atau suami. "Tahukah anda 'laki' saya kuat menyakat saya," katanya. Malah dalam hantaran foto dan video yang dimuat naik, Sakinah meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama suaminya itu pada majlis berkenaan. "100 peratus premium family fun," ujarnya. Kedua-dua mereka menghadiri acara sebuah jenama jam tangan mewah. Menerusi pemerhatian, Cyril merupakan seorang artis asal Perancis yang banyak menghasilkan lukisan dinding. Sebelum ini Sakinah pernah mendedahkan dia sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara terperinci perihal suaminya itu. Untuk rekod Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun. Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan ia juga berkahir dengan perceraian dua tahun kemudian. Sumber:- mStar |
hart_attack replied at 13-6-2025 03:14 PM
Kinah jenis yg suka laki tatoo ke, kena masuk Islam dulukan baru dpt nikah dgn Kinah ni la yer
kembangbunga replied at 13-6-2025 04:14 PM
Event ni hidang ginger ale and sparkling water eh? nmpk gelas yg Kinah & laki sheols pegang air tu k ...
kucingitam replied at 13-6-2025 04:35 PM
apple cider rasanya tu..
noor2 replied at 13-6-2025 03:59 PM
Mesti x sunat...euwww
noor2: Mesti x sunat...euwww
ADVERTISEMENT