CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Rap Malaysia Dicekup di Laos: Kantoi Seludup 103 Bungkus Ganja!

12-6-2025 08:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 0

 


Seorang penyanyi rap ditahan oleh pihak berkuasa Laos selepas tindakan beraninya bersama dua rakan cuba menyeludup 103 bungkusan ganja gagal.

Memetik Utusan Online, difahamkan penyanyi yang juga anggota sebuah kumpulan rap ditahan sejak 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay selepas disyaki cuba menyeludup dadah tersebut ke Jerman.

Menerusi satu laporan di Laos, ketiga-tiga individu itu ditahan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. 

Hasil pemeriksaan terhadap enam beg milik suspek, pihak berkuasa menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan di dalam bagasi mereka dengan jumlah keseluruhan kira-kira 86 kilogram.

Difahamkan, suspek sedang bersiap sedia untuk menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman, dipercayai dadah tersebut akan dihantar.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan dan akan didakwa mengikut prosedur undang-undang Laos dan siasatan masih diteruskan.


Sumber:– Utusan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055403 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top