PETALING JAYA – Sikap tenang seorang bapa yang kehilangan anak dalam kejadian kemalangan ngeri melibatkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi kelmarin menyentuh hati orang ramai. Menerusi klip video yang tular di media sosial, bapa Allahyarham Nurly Shahirah Azman dilihat menenangkan rakan-rakan anaknya yang hadir dan meminta mereka agar tabah menghadapi ujian berat tersebut. “Sudah boleh kesat dan buang air mata, tarik nafas dan sabar,” katanya kepada rakan-rakan arwah anaknya. Tindakan lelaki itu menerima pujian netizen yang rata-ratanya kagum dengan kecekalan dan ketenangan beliau meskipun baru kehilangan anak tersayang. “Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga buatmu Nurly Shahirah, kematian yang dicemburui. Indahnya pemergian awak di sisi kita suci al-Quran, kalam Allah,” kata Izzah Izzman.
“Pak cik, tenang sungguh pak cik. Saya yang tak kenal arwah pun menangis. Tahniah sebab didik anak hebat ini. Semoga syurga buatnya,” komen Aunisya. “Nak tengok anak yang hebat dunia akhirat? Lihat siapa ayahnya. Masih boleh bersabar dengan dugaan. Salam takziah buat keluarga ini,” balas Min Hayati. Sementara itu, orang ramai berpandangan ketenangan yang ditunjukkan oleh bapa Allahyarham Nurly Shahirah adalah disebabkan keyakinan tinggi anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. “Dia nampak tenang mungkin sebab percaya arwah anak dapat syurga tertinggi kerana syahid sebagai hafizah al-Quran,” ujar Farizah Hazis. “Ayah dia tidak risau kerana bekalan anak dia cukup, semoga beroleh syurga buat Nurly,” komen Nae. Sebelum ini Kosmo! melaporkan abang Nurly Shahirah, Mohd. Najmuddin Azman, 28, berkongsi cerita adiknya meninggal dunia di lokasi kejadian sambil memegang al-Quran di dada. Sumber:– KOSMO! ONLINE |
IzzahF: jenazah wangi tu bukan ke masa dimandikan siap2 kat spital tu mmg ada guna pewangi kasturi? lagi2 kalau jenazah yg ada keadaan agak uzur, byk darah... ...
sisturNgensot replied at 11-6-2025 04:10 PM
mungkin ni diceritakan oleh orang yg mandikan la kot tk kan la orang mandikan nak cakap wangi lepa ...
L.U.S.M replied at 11-6-2025 04:01 PM
Mlm dorg solat tu aku terjaga awal..tertgk live TikTok 5k org solat kat masjid hadari jerteh tu..
Y ...
helicornia replied at 11-6-2025 04:27 PM
bagi aku tak perlu la nak diheboh jenazah wangi ke tak
benda ni akan menimbulkan macam2 spekulasi da ...
Minami2013 replied at 11-6-2025 04:39 PM
Kadang tenang sbb rase kehilangan tu tak menusuk lagi.. redha macam mana pun kehilangan seorang anak ...
IzzahF replied at 11-6-2025 04:48 PM
ok aiols baru terbaca...katanya kat semua tempat forensik, tanah perkuburan...van jenazah bau sgt2 ...
L.U.S.M replied at 11-6-2025 05:05 PM
Ye weh
Yg bau tu bukan org yg cium jenazah, dorg cuma tunggu kat luar,perkarangan masjid sambil l ...
IzzahF replied at 11-6-2025 05:16 PM
ai terbaca jugak sorang lg yg nama nur dalila tu..ni pun sama semerbak bau katanya
ADVERTISEMENT