PASIR MAS – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 47 butir peluru hidup tanpa permit dan lesen sah di sebuah rumah di Jalan Meranti dekat sini kira-kira dua minggu lalu. Tertuduh, Mohd. Zamri Mustafa, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah. Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Glock 19 tanpa permit atau lesen sah di sebuah rumah di Jalan Meranti di sini kira-kira pukul 8.30 malam pada 29 Mei lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Zamri didakwa memiliki 47 butir peluru hidup pelbagai jenis antaranya 20 butir jenis A USA 9mm Luger, masing-masing sebutir FC 9mm Luger, PMC 9mm Luger dan S3 9mm Luger selain dua butir AP 14 9mm Luger di masa dan lokasi yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. Sumber:– KOSMO! ONLINE |
sisturNgensot replied at 11-6-2025 04:10 PM
mana dorang senang2 dapat pistol eh dah la tak kerja duit mana nak cekau beli pistol
B40tastePosh replied at 11-6-2025 04:48 PM
Beli kat Thailand la tu...sana kan bebas jual.
BlackMambaa replied at 11-6-2025 06:28 PM
dia ni dari dlu lg dah ada kes.thn 2020 dlu dah penah viral kes pukul polis dgn cota besi
https:// ...
BlackMambaa replied at 11-6-2025 06:28 PM
dia ni dari dlu lg dah ada kes.thn 2020 dlu dah penah viral kes pukul polis dgn cota besi
https:// ...
Radzor replied at 11-6-2025 06:49 PM
wow siap boleh korek fail kes lama. hebat lah acik forum credits 4
ADVERTISEMENT