Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia dan suami, Nabil Mahir kini sibuk dengan proses pindah ke rumah baru selepas empat tahun tinggal bersama keluarga mentua. Menerusi temu bual bersama Nona, Ayda berkata rumah tersebut sudah lama dibeli sudah siap diubah suai dan sudah tiba masanya untuk mereka berpindah. “Beli rumah dah lama tapi baru saja siap ubah suai, interior designer semua baru je siap. Jadi inilah waktu yang kita dah bersedia untuk pindah “Ikutkan sekarang memang tengah sibuk pindah rumah. Macam dah empat tahun duduk dengan keluarga Nabil,” katanya. Sementara itu, Ayda mengakui dia tidak pernah melakukan kerja rumah termasuk memasak sepanjang empat tahun tinggal bersama keluarga mentua.
Menurut Ayda, keluarga suaminya menyediakan kemudahan yang lengkap termasuk tukang masak termasuk ada yang akan menjaga anak-anaknya di rumah. “Kehidupan sendiri? Saya tak dapat nak jangkakan apa akan berlaku. Sebab sebelum ini saya duduk dengan keluarga Nabil, memang bukanlah goyang kaki tapi macam tak boleh buat apa. “Makan pun orang masakkan. Dia (mentua) ada tukang masak. Anak pun ada orang jaga kat rumah, jadi saya boleh pergi kerja. Yang ini pula tiba-tiba kita kena duduk sendiri. “Walaupun ada pembantu tapi kita mestilah kita macam ‘queen’ dalam rumah yang nak kena fikir nak masak apa, esok nak beli barang siapa yang nak beli. “Bukan dalam dilema, tapi macam ‘boleh ke aku buat?’. Sebab pertama kali kan… dulu duduk bujang bolehlah. Macam dengan anak, dia nak makan apa nanti. Kalau tak ada barang, siapa nak pergi beli,” katanya. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT