Penyanyi Nabila Razali berkata dia dan suami, Nik Iruwan sudah sedia untuk menyambut tetamu yang akan hadir di majlis ikah anak mereka yang diadakan di Kelantan pada hari raya Aidiladha. Memetik Media Hiburan, Nabila berkata persiapan sedang dijalankan dan berharap majlis tersebut akan berjalan lancar serta dua ekor kambing akan ditumbangkan. “Seperti biasa untuk majlis aqiqah, kita akan tumabangkan dua ekor kambing. Selebihnya, kita tunggulah harinya nanti. Bila kita berniat untuk mengadakan majlis, sudah tentu kita sudah bersedia. Namun kita pun tak tahu jumlah pengunjung yang akan datang, “Jika pengunjung melebihi jumlah yang dijangka, kita ada ‘plan B’. Semoga apa yang kami sajikan itu mencukupi,” katanya. Sementara itu, Nabila berkata dalam majlis tersebut dia dan suaminya bakal mendedahkan nama serta wajah anak mereka kepada umum buat pertama kali.
“Ini pertama kali saya akan pamirkan wajah Baby M. seeloknya biarlah datang daripada saya dulu. Ramai yang sudah bertanya mengenai wajah dan nama Baby M. “Bila semua sudah dapat tengok nanti, saya harap anda semua turut gembira. Apa pun jagalah kata-kata anda dan doakan yang baik-baik,” katanya. Dalam pada itu, Nabila turut menitipkan pesanan kepada tetamu yang hadir supaya menjaga adab terutamanya apabila berjumpa dengan anaknya. “Saya pun ada terbaca jumlah pesakit Covid-19 semakin meningkat. Saya hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahan. “Saya juga ingin menitipkan pesan kepada sesiapa yang berkesempatan untuk bertemu Baby M nanti jagalah tatatertib seperti jangan cium atau buat perkara tidak sepatutnya. Jagalah SOP,” katanya. Sumber – Rotikaya |
gerbera.memopad replied at 6-6-2025 04:17 PM
Bila majlis yang banyak syarat-syarat ni biasanya aku takkan pergi
Bukan tak faham kenapa tuan r ...
pocongkiutss replied at 6-6-2025 04:40 PM
Bukan ke syaratnya satu je noks..toksah cium anak dia..itu pun kira bnyk kew noks? Ahahahha
Apapu ...
cmf_premierleag replied at 6-6-2025 07:07 PM
Pakai tudung jerut leher dah serupa minah indon
ADVERTISEMENT