Pelakon Ika Nabella tampil memberikan pendapatnya mengenai isu tular mengenai tanggungjawab di antara suami dan isteri dalam rumah tangga. Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkata mempersoalkan konsep 50/50 dalam rumah tangga serta bertanyakan siapa yang mengajar mengenai perkara berkenaan. Kata Ika lagi, konsep tersebut bertentangan dengan fitrah serta keseimbangan ilahi dalam sesebuah perkahwinan. “50/50 dalam perkahwinan? Siapa ajar? Suami 100% the provider & pemimpin. Isteri 100% taat and 1000% adorable,” tulisnya.
Diruangan komen ada yang bersetuju dengan pendapatnya itu, namun ada yang mengatakan ada suami isteri yang bekerja namun belum tentu cukup untuk menampung kehidupan dan hidup setiap pasangan berbeza. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT