CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Syukur Mereka Putus Tunang” – Bapa Muntazar Nak Buat Majlis Doa Selamat

6-6-2025 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3008| Komen: 38

 


Bapa kepada pelakon Muntazar Ghufran iaitu Ghufran Ghani berkata mereka bakal mengadakan kenduri kesyukuran selepas anaknya itu putus tunang dengan aktres Saidah Kamarudin.

Memetik mStar Online, Ghufran meluahkan rasa syukur anaknya putus tunang dan majlis tersebut bakal diadakan dalam masa terdekat bertujuan untuk memulihkan semangat anaknya.

Sementara itu, Ghufran berkata dia dan isteri sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan pertunangan anaknya itu.

“Saya bersyukur Alhamdulilah dia putus tunang dan harap dia move on, lepas ni saya akan buat majlis doa selamat sebab dia dah putus tunang.

“Majlis doa selamat sebab anak saya sudah putus tunang, isteri dan saya sebenarnya memang tak berapa setuju dengan ikatan pertunangan anak saya ni tapi disebabkan Muntazar terlalu suka jadi kami merelakan.

“Sebab majlis ni dibuat pun untuk bagi anak saya gembira dan tenang, majlis ni mungkin akan dibuat dalam masa terdekat serta dihadiri kawan-kawan terdekat saja,” katanya.


Terdahulu, Saidah mendedahkan punca pertunangannya dengan pelakon Muntazar Gufran putus disebabkan masalah kewangan serta memberitahu bekas tunangnya itu hanya mempunyai RM500 dalam akaun.

Saidah berkata dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.

Sumber – mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 6-6-2025 09:05 AM
iols x fhm keperluan ex tunang heols nak mendedahkan perkara ni kat umum. sheols kenapa sbnrnye? ada org provoke kot eh?
Quote one_aiman 6-6-2025 10:44 AM
amboi bapaknya pun..selalunya kalau ramai yg dtg bekap ni ada plot twist
Quote Glass_shoes 6-6-2025 10:46 AM
BoongaKertas replied at 6-6-2025 09:05 AM
iols x fhm keperluan ex tunang heols nak mendedahkan perkara ni kat umum. sheols kenapa sbnrnye? ada ...

[youtube]gtGJVvuyhT8?si=5oyuWnJZQGNZdWMj[/youtube]
Quote Piramida 6-6-2025 10:49 AM
Begitulahhh bila budak2 belum matang nak nikah.
Terpaksa ibu bapa pulihkan semangat anak dgn membuat majlis kesyukuran.
Muda lagi dik... Putus tunang pun ko hilang semangat apatah lagi nak ke alam yg lebih mencabar.
Belajar byk lagi yaaaa.....
Quote Piramida 6-6-2025 10:50 AM
Anak tu nampak tua lah utk umur dia... Agaknya sbb bertunang dgn pompuan lebih tua so terpancar muka tua kat dia gak.
Quote ezacbee 6-6-2025 10:51 AM
1 family x matang ke camne?
Quote Piramida 6-6-2025 10:53 AM
Daripada ai x kenal budak lelaki dan perempuan ni mahu pun ayah dia...
Dah stuck pulak sama mengkomen sini.. hahaha
Quote putribonda 6-6-2025 10:57 AM
lahhh nak buat majlis doa selamat pulak sbb putus tunang.
tapi itulah kan..mak ayah ni walau tak kenan tp sbb anak nak sgt terpaksa la akur.
hujung2 bila putus ni mesti la mak ayah syukur sangat.
mungkin tak sampai hati nak cakap tak payah tunang dulu sebab muda lagi.perempuan tu pulak lebih tua dari anak dia.
semoga saidah jumpa lelaki idaman yg kaya raya main forex dan yg laki pulak kukuhkan kerjaya dan bagi kaya duit dalam akaun ada 50juta baru kawin dik ehhh.takut nanti kena reject lagi.
Quote Roan 6-6-2025 11:02 AM
apaknya cakap "anak saya muda lagi 22 tahun awak dah 29 tahun" kat tik tok FYP Road to 30
Quote BoongaKertas 6-6-2025 11:47 AM

patutlah...thanks chuols. lama x tgk melodi
Quote BoongaKertas 6-6-2025 11:48 AM
Piramida replied at 6-6-2025 02:50 AM
Anak tu nampak tua lah utk umur dia... Agaknya sbb bertunang dgn pompuan lebih tua so terpancar muka ...

iye weh, iols mati2 ingat sebaya. ttiba baca news kata baru 22. dikkkk, tuanya muka chuols.
Quote bambimo 6-6-2025 11:48 AM
Sbb kan saidah ni
baru aku kenal bapak budak2 ni... hahaha
Quote kucingitam 6-6-2025 12:01 PM
baguslah putus...boleh dpt bipolar kalau kahwin dgn pompuan menatl..belum kahwin pun dah mental, membebel tak tentu pasal...syukurlah dik, kau terlepas dr pompuan gini.
Quote nolya 6-6-2025 01:24 PM
Piramida replied at 6-6-2025 10:50 AM
Anak tu nampak tua lah utk umur dia... Agaknya sbb bertunang dgn pompuan lebih tua so terpancar muka ...

Stress kot dgn karenah tunang, tu yg umur muda pun nampa tua. Kalau sedari awal2 pun makayah dah tak suka,  elok sangatlah tu. Takut bila dah kawen, banyak persoalan akan timbul esp bab duit/financial.  Lagipun Muntazar masih muda, masih banyak yg perlu dipelajari dlm hidup. Kukuhan dulu prestasi dn pencapaian, juga pendapatan, baru cari isteri. Dn cari isteri yg tidak mencemikkan tabungan dn pendptn suami kpd publik.
Quote zuriey 6-6-2025 02:13 PM
Amboi ank ko tu baik sgt ke pakcik oiii
Entah dah meraba ppuan sana sini
Quote ninja boy 6-6-2025 03:02 PM
Umur 22 budak lagi duit pun x byk, bagi lah pengalaman kerja pengalaman bergaul masih diatur mak bapak lagi, tunggu umur sesuai
Quote sphinx 6-6-2025 03:25 PM
oklah tue, dah alang2 ada budget utk kenduri.. on je lah kan. niat sedekah menjamu orang ramai makan
Quote sukacactus 6-6-2025 03:35 PM
Sujud syukur agaknya family muntazar ni
Quote adeqbun 6-6-2025 03:56 PM
Over lah..toxic sekeluarga..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038084 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top