Pelakon Muntazar Ghufran menafikan dakwaan bekas tunangnya aktres, Saidah Kamarudin bahawa dia mempunyai masalah kewangan serta tidak mampu meneruskan majlis. Memetik mStar Online, Muntazar berkata dia menyimpan wang dalam akaun pelaburan seperti amanah saham dan emas. Katanya lagi, selagi belum berkahwin tidak perlu dia memberitahu semuanya. “Takkan la saya nak beritahu dia (Saidah) semuanya dan hanya RM500 saja dalam akaun bank… mestilah saya ada buat pelaburan malah lebih kepada pelaburan emas. “Saya juga simpan di amanah saham, itu salah ke? Saya sudah beritahu dekat dia mengenai perkara ini tapi dia cakap itu simpanan pelaburan bukan duit. “Kalau duit simpanan memang betul ada RM500, tapi saya juga bayar bulanan kereta cecah RM1,000 dan berikan juga kepada keluarga lebih kurang RM1,000… jadi dekat mana yang saya ni tiada duit,” katanya.
Sementara itu, Muntazar berkata jika benar dia tiada duit bagaimana dia boleh menyediakan dua cincin ketika majlis pertunangan mereka. “Dia taknak cincin satu, dia nak dua. Merisik dan tunang. Merisik dia nak cincin Habib yang ada nama saya bernilai RM1700dan cincin tunang berharga RM790 lebih. Adakah itu tak ada duit,” katanya. Lebih mengejutkan, Muntazar mendakwa dia fimaki serta dipukul oleh Saidah ketika melawatnya di hospital, malah dakwa turut dicakar. “Saya datang dengan keadaan baik. Saya balik dengan keadaan kasar. Dia maki saya, dia pukul saya, dia tampar sampai spek mata saya melambung. Awak cakar saya Saidah. Awak maki saya, saya terima seadanya. Banyak kali awak pukul saya, masa tengah memandu awak pukul saya,” katanya. Dalam pada itu, Muntazar berkata dia juga ada maruah da mahu mempertahankan diri selepas bekas tunangnya itu yang membuka aibnya kepada umum. Sumber – mStar Online, Rotikaya |
gerbera.memopad replied at 6-6-2025 08:53 AM
Pasal saving ada 500 tu aku percaya je. Tak payah nak corner pasal pelaburan ASB, emas segala
mrsLucky replied at 6-6-2025 08:33 AM
Syukurlah korang belum kawin lagi....kalau tak tambah statik duda dan janda..
I beli emas sikit2 ...
mrsLucky replied at 6-6-2025 08:33 AM
Syukurlah korang belum kawin lagi....kalau tak tambah statik duda dan janda..
I beli emas sikit2 ...
mrsLucky replied at 6-6-2025 08:33 AM
Syukurlah korang belum kawin lagi....kalau tak tambah statik duda dan janda..
I beli emas sikit2 ...
ADVERTISEMENT