CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 10,000 askar Israel hilang nyawa atau cedera di Gaza

5-6-2025 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 626| Komen: 8

 


TEL AVIV – Lebih 10,000 askar Israel terbunuh atau cedera sejak permulaan perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan tentera semalam.

“Lebih 10,000 askar telah terbunuh atau cedera dan beberapa ribu lagi memasuki kitaran gangguan tekanan selepas mengalami trauma,” kata pegawai yang tidak dinamakan itu. 

Pegawai itu tidak memberikan butiran khusus atau pecahan angka tersebut.

Menurut angka rasmi tentera Israel, sekurang-kurangnya 861 askar terbunuh dan 5,921 lagi cedera dalam perang Gaza yang bermula sejak Oktober 2023.

Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, Israel telah meneruskan serangan yang dahsyat di Gaza sejak Oktober 2023.

Dalam perang itu, seramai 54,500 rakyat Palestin terkorban, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak. 


Agensi-agensi bantuan memberi amaran tentang risiko kebuluran dalam kalangan lebih 2 juta penduduk di wilayah itu. – AGENSI 
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 5-6-2025 09:32 AM
Mati pun x pe israhell ni
Quote sallysains 6-6-2025 12:35 AM
Ye la, trauma.. trauma sbb byk sgt bunuh org xberslh, smua atas tgn dia
Quote sallysains 6-6-2025 12:38 AM
Tgk la nanti Israhell mula guna ni sbg alasan nk bunuh lg org
Quote sharlenetexas 6-6-2025 12:47 AM
La ye ke.


Quote Decaffeinated 6-6-2025 04:42 PM
Pegawai kanan tentera tu siapa, tak ada nama ka? Wartawan Israel ni pun ada banyak jenis. Ada yang kopipes, ada juga yang macam wartawan cari, dalam kelas tersendiri katanya.
Quote Gigihadidnt 7-6-2025 05:35 AM
Israhell ni memang drama queen. Dislike dislike dislike!
Quote nusaraya 7-6-2025 11:20 AM
Edited by nusaraya at 7-6-2025 11:30 AM
Woow... 10,000 tentara zionis Israel tewas  di  konflik Gaza ...bayagkan akan berapa banyak tentera Israel  yang akan tewas atau.. mungkin 500,000 tentara mereka yanga  akan tewas  atau mati jika Tentara  atau Askar elit komando  Diraja Melayu MalayDesh ikut terlibat secara langsung membantu Palestina berperang dengan Isarael saat itu .
[youtube]U_zkvSq6OXc[/youtube]


[youtube]MCAvLFkgm7c[/youtube]




Quote noor2 7-6-2025 11:39 AM
Moga sekarang azab dlm kubur dan neraka jahanam nanti..amin

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056838 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top