CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir UK’s putih mata, gagal terbang ke Tanah Suci secara tajaan

5-6-2025 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5475| Komen: 76


 


Seramai 82 bakal jemaah yang ditawarkan menunaikan haji secara tajaan oleh pihak tertentu berputih mata selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila gagal berlepas ke Tanah Suci semalam.

Difahamkan, kumpulan jemaah itu dijanjikan tajaan menggunakan Visa Mujamalah, namun sehingga semalam mereka tidak menerima tiket penerbangan dan dokumen berkaitan untuk melaksanakan haji.

Menurut mangsa, Muhammad Azmir Muhammad Yusof, 56, dia dan isterinya, Sarimah Ahmad, 51, terpaksa melupakan hasrat ke Tanah Suci selepas tiga hari menunggu untuk terbang ke Tanah Suci.

Penyanyi kumpulan UK’s itu memberitahu, mereka berada di lapangan terbang sejak 1 Jun lalu selepas dijadualkan berlepas pada hari berkenaan.

“Kami dimaklumkan akan terbang pada pukul 5 petang menerusi penerbangan Saudia Airlines, tetapi selepas melihat mesej WhatsApp, penerbangan itu ditunda pada 2 Jun pula.


“Apabila sampai malam 2 Jun di KLIA, jemaah dimaklumkan akan terbang pula pada pagi 3 Jun, tetapi tidak dimaklumkan waktunya secara tepat.

“Kami juga difahamkan akan terbang menggunakan penerbangan sewa khas dari Kompleks Bunga Raya, tetapi itu tidak berlaku,” katanya pada sidang akhbar di KLIA hari ini.

Bercerita mengenai tawaran haji, Muhammad Azmir berkata, pelawaan tersebut diterima menerusi rakan isterinya pada 9 April lalu yang mengatakan ada individu dermawan mahu membuat tajaan.

Dakwanya, rakan isterinya juga menjadi antara mangsa bukannya ejen yang dilantik bagi menguruskan urusan jemaah ke Tanah Suci.

Jelasnya, selepas menerima pelawaan itu, mereka diminta untuk memberikan foto dan pasport kepada individu tersebut untuk urusan berkaitan.

“Kami juga dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp bernama ‘Tetamu Allah Haji Akbar 2025’ yang mempunyai 77 ahli terpilih.

“Selepas membuat persiapan termasuk suntikan vaksin, kami menerima surat tawaran haji daripada agensi berdaftar pada 27 Mei lalu.

“Memandangkan surat tawaran itu dikeluarkan oleh agensi pelancongan terkenal, kami amat yakin bahawa pakej tersebut wujud dan akan terbang ke Tanah Suci,” katanya.

Muhammad Azmir kemudian menyedari dia menjadi mangsa penipuan sebelum membuat laporan di Balai Polis KLIA bagi mendapatkan pasport mereka yang dipegang individu lain.

“Sebelum ini, pasport itu diserahkan jemaah kepada individu yang menguruskan urusan haji, tetapi selepas laporan polis dibuat kami diminta untuk mengambilnya di Setia Alam.

“Namun, saya dan isteri belum mengambil pasport kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara lain terlebih dahulu,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya menanggung kerugian susulan kejadian itu, Amir berkata, dia dan isteri membelanjakan kira-kira RM4,000 sebagai persiapan untuk menunaikan haji termasuk suntikan vaksin.

“Sepanjang berada di dalam kumpulan WhatsApp, saya dan isteri tidak banyak bertanyakan soalan.

“Bukan apa, tawaran mengerjakan haji ini pun diberi secara percuma, jadi buat apa cakap banyak, kami hanya ikut semua yang dimaklumkan.

“Namun tidak sangka ia berakhir seperti ini, sudah tentu kami sangat kecewa kerana ini adalah impian saya dan isteri untuk menunaikan haji bersama-sama,” ujarnya. 
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 5-6-2025 09:53 AM
apa nama agensi pelancongan terkenal tu?
Quote lasagna 5-6-2025 10:05 AM
sepatutnya share jer nama agensi tu terus, xyh selindung selindung.
Quote 3chanceno 5-6-2025 10:12 AM
Asal tak hebah nama agent eh?

Last week meols ada orang offer gi umrah foc. Siap naik Saudia & hotel kat zsmzsm clocktower. Cuma siapkan duit pocket aja.  

Konon ada orang nak  buat wakaf umrah 12-13 hari untuk 40-50 orang.  Berangkat hujung bulan nov 2025.

Jadi lepas bebual tu dengan kawan, meols pun msg dia tanya, nama travel agent nie. Dah lebih seminggu lum ada balas.  Tup tup keluar story nie.

Hati2 semua bila dapat offer yang too good to be true.

Quote theotherfriend 5-6-2025 10:16 AM
Oooo ni yang baca dalam pesbuk semalam. Dato’ offer katanya. Dato’ who tak beritahu pulak
Quote amal12bh 5-6-2025 10:23 AM
PW aka Tebuan Tanah(?x ingat) aka Semut Berapi dari haritu remind org pasal Haji mujamalah ni. byk agent scam guna visa pelancong jek. dulu mungkin lepas la, kali ni pihak penguasa arab saudi lebih strict. so kena hati2 la.
Quote kucingitam 5-6-2025 11:03 AM
kesiannya..
Quote ayu_v6 5-6-2025 11:23 AM
Apa yang aku baca dari sumber2 lain.. Amir laki bini hanya dicalonkan bukannya sebagai senarai jemaah haji.. itu pun dia realise bila buat report polis..   
Quote putribonda 5-6-2025 11:47 AM
boleh percaya ke orang nak bagi free gi mekah seramai itu.
yelah mungkin adalah orang yg suci murni hati dia dermawan bangsawan tak berkira kan.tp aku rasa terlalu mustahil lah.
setakat nak taja sorang dua mungkin ye.
so jangan mudah percaya dan diperdaya dengan offer free kes2 melancong,umrah,haji begini yachhhh
Quote emera 5-6-2025 12:04 PM
Page PW/Semut Berapi dh kena benam bila report diorg pasal visa mujamalah ni katanya x tepat sbb ajensi yg diorg londehkan tu, dpt je visa mujamalah tu tp last minute. So jemaah dpt jugak terbang pi haji. Kata ajensi tu, diorg x boleh uar2 kan pasal visa sbb rahsia?? Hmm aku rasa diorg bernasib baik je dapat tu…
Quote nolya 5-6-2025 12:18 PM
Edited by nolya at 5-6-2025 12:27 PM

Mungkin satu dlm seribu penaja yg mahu menaja bilangan orang pergi haji dn umrah.  Akan tetapi mulai thn ini, pemerintah Arab Saudi membenahi peraturan dn syarat bagi calon2 haji demi keamanan dn menambah baik pengurusan haji. Thn ini, AS gantung dulu pemberian visa furada, maka ramai yg terkandas. Tiada lagi visa umrah boleh menyelinap untuk haji. Tanpa visa haji, jemaah tak diberian kad nusuk yg membolehan jemaah masuk Mekah dn Masjidilharam. Maka ibadah haji akan terbatal.

Soal visa furada yg digantung sementara ini, adakah TA tidak mendapat khabar sebelumnya untuk dimaklumkan kpd calon2 jemaahnya. Mujurlah calon tak berhabis banyak, tak spt WNI yg kerugian berjuta2 rupiah membeli visa furada ttpi ahirnya gagal berangkat.

Kpd yg tak kesampaian pegi haji, anggaplah belum rezeki. Jgn dipaksakan kerana visa furada adalah prerogatif  kerajaan Saudi. Tanpa visa haji tersadaiah jawabnya di airport Jeddah. Keadaan yg sudah terjadi skr pun dah airport pun semak dn tak terkendali, dah mcm gelandangan haji. Sabarlah dn think positif,  InsyaAllah ada rezeki,  adalah.
Quote nolya 5-6-2025 12:56 PM
amal12bh replied at 5-6-2025 10:23 AM
PW aka Tebuan Tanah(?x ingat) aka Semut Berapi dari haritu remind org pasal Haji mujamalah ni. byk a ...

Pada thn ini kerajaan Saudi dikhabarkkan tidak keluaran permit furada.  Mungkin ini sejajar dgn langkah mereka membenahi peraturan haji, esp visa yg sering disalahgunakan.  Overstay dgn visa umrah shnga musim haji dn ini tentu menyebabkan lebihan kuota dari sesebuah negara.
AS sering dituding memuamalatan urusan haji ttpi keuntungan itu tidak sia2 sebab banyak perubahan dn penambahbaikan yg dibuat. Tak saja fizikal kota Mekah-Madinah, Masjidiharam dn hotel2nya diubahsuai begitu luas dan canti ttpi kelancaran pengurusan haji juga diperbaiki. Wajarlah...... dn apa boleh buat kalau biaya haji jadi semakin mahal setiap tahun. Banyak faktor yg mempengaruhi. Menjadi cabaran kpd sekalian ummah untuk menangkis "kalau tak mampu tak wajib pergi".

Untuk aturan visa umrah di luar haji pun khabarnya akan diketatkan.  Visa umrah akan diberi hanya jika sudah confirm nama2 hotelnya di Mekah-Madinah dn berapa hari penginapan. Mungkin kena booking awal2 menyebabkan TA pun perlu lebih rancak bekerja. Agaknya no more haji dn umrah DIY lah ye?
Quote nolya 5-6-2025 12:56 PM
amal12bh replied at 5-6-2025 10:23 AM
PW aka Tebuan Tanah(?x ingat) aka Semut Berapi dari haritu remind org pasal Haji mujamalah ni. byk a ...

Pada thn ini kerajaan Saudi dikhabarkkan tidak keluaran permit furada.  Mungkin ini sejajar dgn langkah mereka membenahi peraturan haji, esp visa yg sering disalahgunakan.  Overstay dgn visa umrah shnga musim haji dn ini tentu menyebabkan lebihan kuota dari sesebuah negara.
AS sering dituding memuamalatan urusan haji ttpi keuntungan itu tidak sia2 sebab banyak perubahan dn penambahbaikan yg dibuat. Tak saja fizikal kota Mekah-Madinah, Masjidiharam dn hotel2nya diubahsuai begitu luas dan canti ttpi kelancaran pengurusan haji juga diperbaiki. Wajarlah...... dn apa boleh buat kalau biaya haji jadi semakin mahal setiap tahun. Banyak faktor yg mempengaruhi. Menjadi cabaran kpd sekalian ummah untuk menangkis "kalau tak mampu tak wajib pergi".

Untuk aturan visa umrah di luar haji pun khabarnya akan diketatkan.  Visa umrah akan diberi hanya jika sudah confirm nama2 hotelnya di Mekah-Madinah dn berapa hari penginapan. Mungkin kena booking awal2 menyebabkan TA pun perlu lebih rancak bekerja. Agaknya no more haji dn umrah DIY lah ye?
Quote zeetot 5-6-2025 02:36 PM
jap, so apa agency ni dapat in return of this so called scam? since diorg pun just spend 4k je utk preparation.
Quote Burong_Hantuk 5-6-2025 02:39 PM
Komen edited...
Quote Burong_Hantuk 5-6-2025 02:39 PM
Komen edited...
Quote amal12bh 5-6-2025 02:47 PM
zeetot replied at 5-6-2025 02:36 PM
jap, so apa agency ni dapat in return of this so called scam? since diorg pun just spend 4k je utk p ...

iols rasa, yg ditaja tu mungkin part of marketing TA utk tarik org ramai join. sbb ramai jek yg bayar sendiri. harga pun x murah. ramai yg mampu tp x dapat kuota, so bila TA ada offer, diorang sanggup bayar. TA2 ni salah guna visa yg ada utk offer org buat haji. kalau tgk apa yg PW bongkarkan, TA mmg boleh untung juta2.
Quote kikiharris 5-6-2025 02:57 PM
Aku mmg follow kes scam haji, penunggang agama sampai untung juta2..nk je aku sebut nama penipu besar laki bini kat sini.
Tambah geram dgn kedegilan dan kebodohan jemaah yg Saudi dah warning, pihak TH dah nasihat, tourist visa mmg takkan lepas buat haji. Haji ni jemputan jadi tetamu Allah. Kalau belum masa kau, bayar puluh ribu pun ..kau takkan dpt buat haji.
Aku padankan muka je yg degil2 ni semua.
Quote Miejaaa 5-6-2025 04:05 PM
Ni kot yang kawan ofis sebut2 pakej mujamalah
dari lastweek dia tekan2 nusuk apps tu nak register
kata flight last 2hb.
hari ni still ada buat air kopi kat pantry.
Quote A-Are 5-6-2025 04:10 PM
tu belum bab badal haji...ramai tertipu bab ni, tengok package murah bwh rm3000 mmg kena hati2...too good to be through...sepupu iols mggu lepas tanya imam kg untuk buat badal haji dia caj rm10k...boleh bayang x kalau mutawwif yg dipercayai pon caj rm10k what do u expect from agensi2 yg kata boleh buat bawah rm3000...even tabung haji pon dah bagitahu "jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800) dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji...so permit pon da harga rm4800 macam mana agensi2 tu boleh offer rm3500 dan lain2..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063055 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top