MELAKA – Jenazah Iecah Junus, 34, wanita yang dipercayai dikelar suaminya sehingga mati dalam kejadian di Taman Cahaya, Bukit Gambir kelmarin telah dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Melaka, petang tadi. Tuntutan itu dilakukan oleh abangnya selepas proses bedah siasat selesai dilakukan kira-kira pukul 5 petang tadi. Difahamkan urusan memandikan, mengapankan dan solat jenazah telah dilakukan di hospital berkenaan sebelum jasad dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, di sini. Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut malam ini. Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki dipercayai mengelar isterinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir di sini. Selepas membunuh isterinya, suspek berusia 33 tahun itu kemudian telah ke rumah mentuanya di Kampung Pengkalan Kota dan cuba membakar kediaman keluarga tersebut.
Perbuatan suspek bagaimanapun disedari oleh ibu mentuanya dan hanya beberapa buah kenderaan di luar kediaman yang musnah akibat dibakar. Suspek dilaporkan berjaya dicekup oleh adik iparnya dan dibawa ke Balai Polis Bukit Gambir sebelum mengaku telah membunuh isterinya di kediaman mereka di Bukit Gambir. Sumber – KOSMO! ONLINE |
rosmahisham replied at 5-6-2025 07:12 PM
Lawa arwah apa la bsr sgt ke kesalahan sampai nk membunuh.sampai x leh bwk bincang
Skyline_84 replied at 6-6-2025 01:06 AM
Nama arwah iecah bt junus...prnah melahirkn seorg anak tetapi mninggal tk cukup bulan.. Kahwin 2023. ...
rosmahisham replied at 5-6-2025 07:12 PM
Lawa arwah apa la bsr sgt ke kesalahan sampai nk membunuh.sampai x leh bwk bincang
Minami2013 replied at 5-6-2025 10:53 AM
Baru nmpak berita ni kat fb dan ig.. ingatkan dah dibincangkan di forum. Nak tau juga motif suami ny ...
sallysains replied at 6-6-2025 06:20 AM
Uols rasa x dia bunuh bini sbb bini nk kontek family? lps tu heols cuba bakar rumah family jgk sbb ...
sallysains replied at 6-6-2025 06:20 AM
Uols rasa x dia bunuh bini sbb bini nk kontek family? lps tu heols cuba bakar rumah family jgk sbb ...
ADVERTISEMENT