CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru paksa pelajar minum air campur puntung rokok

5-6-2025 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 406| Komen: 3




BANGKOK – Seorang guru sekolah vokasional di Thailand digantung tugas selepas dirakam memaksa pelajar minum air yang dicampurkan dengan puntung rokok, lapor portal berita Bangkok Post. 

Kejadian berlaku di wilayah Nakhon Sawan pada 29 Mei lalu. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan guru disiplin itu sedang memarahi 10 pelajar lelaki yang ditangkap menghisap rokok di kawasan sekolah. 

Dia kemudian mengarahkan pelajar-pelajar terbabit untuk meletakkan puntung rokok ke dalam botol minuman sebelum mereka dipaksa meminumnya. 

Sebilangan netizen mengecam tindakan guru tersebut kerana dianggap berlebihan dan berbahaya. 

Susulan video itu, pihak sekolah menjelaskan bahawa guru tersebut telah digantung tugas. 

Mereka juga memanggil ibu bapa pelajar terlibat untuk membincangkan tindakan lanjut. – AGENSI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sallysains 6-6-2025 05:40 AM
Ckgu ni gila ke!? Puntung rokok tu pnh bnda toksik, sikit pn dh blh buat muntah, sakit perut, mcm2 la. Klu telan blh kena racun nikotin, pstu dpt sawan plk. Buat slalu2, blh rosk organ..
Quote sallysains 6-6-2025 05:48 AM
Kesian gila budak2 tu.. “dulu ckgu aku pksa aku minum air toksik, kira racun jgk”
Quote sallysains 6-6-2025 05:53 AM
Ckgu ni ptt je kena heret pegi court. Ni dh kira child abuse, serang, cuai sgt2, bagi bnda bahaya dan trauma kt dorg

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034511 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top