CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga anjur parti tema disko di majlis pengebumian

5-6-2025 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 802| Komen: 4




BANGKOK – Sebuah keluarga di Thailand mengadakan majlis pengebumian bertemakan disko bagi menghormati hasrat terakhir mendiang saudara lelaki mereka, lapor laman berita Viral Press. 

Keluarga kepada lelaki itu melakukan ‘acara perpisahan’ luar biasa dengan mengubah pengebumian mendiang menjadi sambutan pesta yang meriah di Chanthaburi. 

Rakaman video menunjukkan suasana meriah dengan tetamu dan saudara-mara menari mengikut muzik rancak. 

Menurut waris, mendiang merupakan penyanyi parti yang ceria dan menyara hidup dengan membuat persembahan di majlis-majlis serta terkenal dengan sifat suka berseronok. 

Sebelum meninggal dunia, dia meninggalkan arahan khusus iaitu tiada kesedihan, tiada pakaian hitam dan tiada lagu duka.

Mendiang turut meminta tetamu memakai pakaian berwarna-warni, memasang lampu sorot dan sistem bunyi miliknya digunakan dalam majlis penghormatan terakir untuknya. 


Hanya muzik yang menggembirakan dibenarkan dan tetamu digalakkan untuk menari dan meraikan kehidupan mendiang. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sallysains 6-6-2025 05:57 AM
Nari dgn lagu happy, dlm hati nangis…
Quote Decaffeinated 6-6-2025 06:41 AM
Macam-macamlah. Ada jenis manusia pula hari gembira macam hari raya pun disuruh menangis berduka. 'Sayuu... hati ini makin sayuu... '
Quote alana94 8-6-2025 04:56 PM
lain mcm
Quote dua_chzy 8-6-2025 05:22 PM
Meols sokong kematian tak sepatutnya kau berkabung. Unless mati dibunuh or eksiden or mati yang dahsyat2 gitu. Kau dah sampai ke garis penamat. You've finished the race of life. Now kau dah pulang ke nugara abadi. Bukan patutnya femili bersukacita kau dah lepas dari donia (tak kesah la apa kau pircaya pasal after life)?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.033734 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top