CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja wanita di JB lapor polis, bos marah dan pukul sebab hilangkan dokumen

30-5-2025 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1661| Komen: 20|Original author: Raline

1.png


Seorang wanita membuat laporan polis selepas didakwa dikasari majikannya di tempat kerjanya di Taman Kota Masai, Johor pada 15 Mei lalu.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Khamis, pergaduhan mereka juga dikatakan berlaku disebabkan salah faham.

Dalam video sama, seorang lelaki dipercayai majikannya memarahi, menolak dan memukul mangsa.

Berdasarkan laporan polis yang dikongsikan orang awam, mangsa sebelum itu dituduh menghilangkan dokumen sekolah.


Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak menerima sebarang dokumen yang diminta oleh majikannya.

Disebabkan rasa tidak puas hati, majikannya didakwa bertindak agresif lalu menarik baju mangsa secara kasar sebelum menghalaunya keluar dari pejabat.

Pada masa sama, lelaki terbabit turut menyentuh bahu, leher, menarik tangan dan menolaknya sehingga menyebabkan kesakitan pada anggota badan mangsa.

Namun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini.

Sumber: Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-5-2025 10:31 PM
Dokumen sekolah? Keja apa ni? Mengapa mengasari wanita?
Quote prettyuglybabe 30-5-2025 10:42 AM
bos tu asal hutan ke sesuka hati buat kepala sendiri..
Quote B40tastePosh 30-5-2025 10:44 AM
dua_chzy replied at 29-5-2025 10:31 PM
Dokumen sekolah? Keja apa ni? Mengapa mengasari wanita?

Tender sekolah kot...baikpulih atau maintenance kot.

Quote B40tastePosh 30-5-2025 10:45 AM
Apa2 dokumen sebelum serah atau filing mesti sign.

Nampak sangat Melayu tak tahu Office Management
Quote B40tastePosh 30-5-2025 10:47 AM
Edited by B40tastePosh at 30-5-2025 10:49 AM

Mesti copy surat sebelum filing....1 copy ko sendiri simpan 1 copy filing kerani ko.

Miskin betul takda PA....cari PA la kalau kau serabut, tak boleh nak urus dan ingat, diari pun xda.

Entah2 mesin fotostat tak da

Adoii
Quote B40tastePosh 30-5-2025 10:48 AM
Edited by B40tastePosh at 30-5-2025 12:25 PM
prettyuglybabe replied at 30-5-2025 10:42 AM
bos tu asal hutan ke sesuka hati buat kepala sendiri..


Stress dari site atau field atau floor membawa ke dalam office.

Quote dua_chzy 30-5-2025 11:36 AM
B40tastePosh replied at 30-5-2025 02:44 AM
Tender sekolah kot...baikpulih atau maintenance kot.


Meols baca artikel yang lebih terperinci, dokumen pasal kad kredit kampeni katanya. Seswatuh iya pukul pekerja hanya sebab tu. Pehtu mangsa ni kerani kewangan kampeni tu. Dabel seswatuh
Quote annehuda 30-5-2025 11:37 AM
aku percaya benda tu sbnrnye mmg tak wujud pun. mmg ada je bos mcm ni dia ingat kita ni bleh baca kepala otak dia
Quote B40tastePosh 30-5-2025 11:40 AM
dua_chzy replied at 30-5-2025 11:36 AM
Meols baca artikel yang lebih terperinci, dokumen pasal kad kredit kampeni katanya. Seswatuh iya p ...

Kes lain kan...ke kes sama

Rasa ada 2 kes pukul kerani/staff dalam bulan ni.
Quote B40tastePosh 30-5-2025 11:45 AM
Edited by B40tastePosh at 30-5-2025 11:51 AM
annehuda replied at 30-5-2025 11:37 AM
aku percaya benda tu sbnrnye mmg tak wujud pun. mmg ada je bos mcm ni dia ingat kita ni bleh baca ke ...


Sebab tu penting apa apa dokumen/surat mesti buat copy...manager/Chief Clerk simpan yang ori.

Memo tulis pada copy....setiap staf mesti sign pada copy "Noted/Maklum"

Ni cara aku masa kerja estate kelapa sawit Syed Mokhtar dulu
Quote dewi_rina 30-5-2025 11:57 AM
B40tastePosh replied at 30-5-2025 03:40 AM
Kes lain kan...ke kes sama

Rasa ada 2 kes pukul kerani/staff dalam bulan ni.

Yg kat ipoh tu kan, dok marah2 sbb staff dia tu bukak surat dia pasal kad kredit.. Marah betul dia ye
Quote n3ar 30-5-2025 12:08 PM
baca kat ES, pekerja dah report polis tapi takde apa2 tindakan
Quote B40tastePosh 30-5-2025 12:25 PM
dewi_rina replied at 30-5-2025 11:57 AM
Yg kat ipoh tu kan, dok marah2 sbb staff dia tu bukak surat dia pasal kad kredit.. Marah betul dia ...

Yang laptop melayang tu kedai repair telefon di Manjoi kan

Cctv yg ini
3335865.jpg
Quote dewi_rina 30-5-2025 01:26 PM
B40tastePosh replied at 30-5-2025 04:25 AM
Yang laptop melayang tu kedai repair telefon di Manjoi kan

Cctv yg ini

Betul yg ni
Quote otai_g 30-5-2025 02:05 PM
Bos x bos. Kena pisau komando terburai jgk perut tu. Aku rs bos ni x pnh tgk lg video org kena bunuh live.
Quote shernazz 30-5-2025 02:57 PM
B40tastePosh replied at 30-5-2025 11:45 AM
Sebab tu penting apa apa dokumen/surat mesti buat copy...manager/Chief Clerk simpan yang ori.

Mem ...

Ya sepatutnya begitu
Sebab apa apa hal, ada bukti...
Terima atau tidak..
Mcm admin opis iols, dokumen dalam 1 PO tu semua dia fotostat tapi dia buat copy tu semua dalam 1 muka surat..jadi kecik tp still boleh baca
Bila org nak tanya apa apa pasal PO, senang..
Quote asfaz 30-5-2025 03:09 PM
B40tastePosh replied at 30-5-2025 11:40 AM
Kes lain kan...ke kes sama

Rasa ada 2 kes pukul kerani/staff dalam bulan ni.

kad  kredit tu mcam kt perak kan? baca komen,staff paling lama kerja pun setahun
Quote jelitayu 3-6-2025 10:40 AM
bangsat nya marah staff sampai nak pukul2 pulak. lain lah kau di serang physically oleh staff, logic la jugak nak hempuk atas alasan pertahankan diri. nak marah apa bagai jng lah sampai naik tangan. kalau kena kat aku, mau kerusi aku balaskan atas kepala boss yg melampau ni...
Quote Kitty_catz 4-6-2025 03:04 PM
ni baru staff, cemaner ekk anak bini heols nehhh


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041022 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top