CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka lihat isteri cantik, Mas Khan beli sendiri baju untuk Anatasha

30-5-2025 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4587| Komen: 36|Original author: tatod

1000044084.jpg



MAHU melihat isteri sentiasa tampil cantik, pelakon Mas Khan memilih sendiri pakaian buat Anatasha Diana sewaktu mereka berbulan madu di Bali, Indonesia.


Mas atau Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkata, sepanjang berada di sana, semua pakaian yang digayakan oleh Anatasha dibeli dan mengikut cita rasanya sendiri.


“Satu hal tentang diri saya, semua pakaian isteri yang digayakan sepanjang pra bulan madu ini saya sendiri yang beli.




“Kebanyakannya dari sebuah butik dan beberapa helai pakaian istimewa isteri saya dibeli dari Phuket,” katanya.


Mas berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan daripada pengikut di Instagram miliknya yang tertarik dengan penampilan isterinya.


Individu itu bertanya bagi pihak teman wanitanya yang mahu mendapatkan baju seperti dipakai oleh Anatasha.




Teruja melihat kebanyakan reaksi diterima daripada pengikutnya, Mas memberitahu dia berasa seronok dapat menggayakan sendiri isterinya dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang suka akan pilihannya itu.


“Ya, saya memang seronok menggayakan permaisuri (panggilan isteri) saya. Terima kasih kerana anda menyukainya,” ujarnya.




Untuk rekod, Mas mendirikan rumah tangga dengan Anatasha dengan sekali lafaz pada 25 Mei lalu.


Pelakon berkenaan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran kepada Anatasha.


Pengantin perempuan turut menerima seutas gelas emas. - mStar



1000044085.jpg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 29-5-2025 04:02 PM
tk perasan wife baru... masih lagi dlm memori heols propose ex gf
Quote cantthinkofany 29-5-2025 04:08 PM
mcm barbie doll....
Quote noor2 29-5-2025 04:09 PM
Orang baru kawin mmg mcm ni...tunggu 4 tahun lagi..ko masih belikan x baju wife ko
Quote yum3 29-5-2025 04:17 PM
melinda_kerr replied at 29-5-2025 04:02 PM
tk perasan wife baru... masih lagi dlm memori heols propose ex gf

knp putus dgn ex dia sis?
Quote Nangney 29-5-2025 04:27 PM
yum3 replied at 29-5-2025 04:17 PM
knp putus dgn ex dia sis?

dgr kata si Mas ni mmg nk kawen tp fmly Naza x brpa kenan kot..lgpun ex gf die nk buat toyboi ja tu..elok la MK kawen ngn sekufu ,wife die skrg ni pramugari,MK pun cm dh kaya hehe
Quote dewi_rina 29-5-2025 04:29 PM
noor2 replied at 29-5-2025 08:09 AM
Orang baru kawin mmg mcm ni...tunggu 4 tahun lagi..ko masih belikan x baju wife ko

Dah ada anak nnti baju pun pandai2 sendiri lah, skrg tengah fasa honeymoon
Quote dewi_rina 29-5-2025 04:31 PM
melinda_kerr replied at 29-5-2025 08:02 AM
tk perasan wife baru... masih lagi dlm memori heols propose ex gf

Tengok wife dia tak mekap ada nmpak rupa ex heols
Quote JahLupa 29-5-2025 10:03 PM
Nampak padan.. yg dulu tu nampak mcm anak ikan je..
Quote weirdwaniey 29-5-2025 10:08 PM
Aku tgk dlm tt, profile dia, rmai betul komen yg dia pnah blanja dorg. Kiranya dia ni suka bsedekah pd sesiapa je. Ada yg dia blanja musang king, ada yg dia blanja sahur. Rmai ckp dia ni bagus
Quote heythere123 29-5-2025 10:44 PM
macam rugi pulak wife dia dapat dia, sheols patut aim higher
Quote heythere123 29-5-2025 10:45 PM
weirdwaniey replied at 29-5-2025 10:08 PM
Aku tgk dlm tt, profile dia, rmai betul komen yg dia pnah blanja dorg. Kiranya dia ni suka bsedekah  ...

tapi macam sus jugak chuols, sape2 je boleh tulis macam2. Kot2 heols bayar untuk tulis komen pon kita taktau #donepitenoh
Quote siasia 30-5-2025 02:09 AM
Yg ni baru kahwin betul2 la ya. Da nikah. Dgn yg dulu tu tak kawen tp mcm da kawen mesranya.
Quote limesherbet 30-5-2025 07:05 AM
Dia suka hitam manis kot eh....ez pun hitam manis
Quote yum3 30-5-2025 08:36 AM
Nangney replied at 29-5-2025 04:27 PM
dgr kata si Mas ni mmg nk kawen tp fmly Naza x brpa kenan kot..lgpun ex gf die nk buat toyboi ja t ...

kiranya khan ni tak sekufu dgn family ex. Sah2 lah depa  nak  menantu yg kayo raya. Harta yg byk tak abis mkn sampai bila2.
Quote tokchik 30-5-2025 08:54 AM
gambar memula tu mcm pelik sikit
ori ke edit
Quote Hessa 30-5-2025 09:02 AM
noor2 replied at 29-5-2025 04:09 PM
Orang baru kawin mmg mcm ni...tunggu 4 tahun lagi..ko masih belikan x baju wife ko

hehehe..kata2 daripada org berpengalaman ye kak
Quote noor2 30-5-2025 09:09 AM
Hessa replied at 30-5-2025 09:02 AM
hehehe..kata2 daripada org berpengalaman ye kak

Haha...org baru kawin semua manih...cekodok pisang bini pun terpaling sedap bak kata laki wana Ali..ke apa nama artis tu
Quote Prickford 30-5-2025 09:39 AM
weirdwaniey replied at 29-5-2025 02:08 PM
Aku tgk dlm tt, profile dia, rmai betul komen yg dia pnah blanja dorg. Kiranya dia ni suka bsedekah  ...

Mmg ada yg komen, tapi kat FB la, kata Mas Khan ni pemurah.....pemurah sedekah aurat isteri
Quote black_handbag 30-5-2025 09:43 AM
Lawa wife dia. Dia pun good looking. Sepadan

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054924 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top