CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Itu pernikahan Julia dan Zafrul, bukan saya’ - Sherry Ibrahim

30-5-2025 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2216| Komen: 10|Original author: tatod

1000044201.jpg


PELAKON Sherry Ibrahim menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga selepas dia berkongsi video bersanding di atas pelamin bersama pelakon Fadlan Hazim dalam TikTok baru-baru ini.


Menjawab pertanyaan ramai, Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, berkata persandingan tersebut hanyalah sebahagian daripada adegan drama lakonannya iaitu Nikmat Hanya Sesaat.


“Banyak sangat komen yang saya terima, sebenarnya itu bukan perkahwinan saya.



“Itu adalah perkahwinan Julia (watak lakonannya) dan Zafrul (Fadlan) dalam drama yang sedang ditayangkan sekarang menerusi slot Samarinda TV3 berjudul Nikmat Hanya Sesaat,” katanya dalam sebuah video TikTok.


Tidak berasa kecil hati, dia bagaimanapun menerima setiap komen yang mahu melihatnya mendirikan rumah tangga dengan berlapang dada dan akan berkongsi sekiranya dipertemukan jodoh satu hari nanti.


“Terima kasih semua yang komen dan kepada yang mendoakan saya.


“Insya-Allah kalau ada jodoh nanti, adalah ya,” katanya lagi.



Menerusi video tersebut, Sherry lengkap memakai busana pengantin dan sedondon dengan Fadlan.


Dalam ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar dia menemui lelaki yang tepat sebagai suami.


“Semoga Sherry dapat jodoh lelaki soleh pada waktu yang tepat dan bahagia.



“Ingatkan kahwin betul-betul. Sherry bila nak kahwin? Semoga cepat dapat jodoh.


“Terkejut Sherry kahwin, rupa-rupanya hanya drama,” komen netizen. – HIBGLAM




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 8Queen8 3-6-2025 06:25 AM
Dah 42 tahun usia Sherry. Sebelum Fattah dia pernah couple dengan Ashram. Cuma takde jodoh.
Quote nisako 3-6-2025 10:11 AM
sian dia
Quote maitang 3-6-2025 11:59 AM
ashraf kot.. ex dia helok2 belaka
Quote Shaheeran 3-6-2025 12:02 PM
Tiada jodoh dengan sesama retis. Mungkin jodoh ngan orang biasa.
Quote noell 3-6-2025 12:15 PM
mungkin jodoh dia belum lahir lg sila bertabah
Quote prince_marhaen 5-6-2025 02:23 PM
sian cherry...hanya mampu feeling2 sajorkkk... fadlan tu pun dah kawin ngan perempuan sexy gila.. chery not his type gitteww... masih lagi ada harapan chery....tapi kena kaya sikit la macam AO...baru dapat kayu amin.
Quote lolipopmanish 5-6-2025 02:46 PM
Nape ceri ni suka mekap muka mcm mak tiri yg garang??
Quote apedehal 5-6-2025 05:14 PM
Kesian dia..masih bharap pd patah ka?
Quote heythere123 5-6-2025 05:55 PM
sheols dah 42. Patutlah gigih “kan ku kejar cinta kamu” masa bamtah serai.

alih2 berputih mata jua
Quote bambimo 5-6-2025 06:05 PM
Tu la bam long bz cari duit..
Aku pun ada kawan yg bujang 40 lebih member kenen2 dpt kawen boss jusa dah bersara since dh kematian wife..syok wooo hidup dia .bercuti overseas saja..
Aku rasa sherry pun sama ni..org cantik lawa cmni mesti kawen dgn Dato VIP hehehehe

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034650 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top