CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya nak ‘love story’, bercinta dengan hantu pun okey’, - Amerul Affendi

30-5-2025 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 487| Komen: 4|Original author: tatod

1000044202.png



PELAKON Amerul Affendi tidak pernah berkecil hati kerap ditawarkan watak antagonis dalam drama atau filem lakonannya sebelum ini.


Amerul atau nama penuhnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 39, berkata, karakter sebegitu tidak seharusnya dipanjang negatif kerana mampu memberi impak positif terhadap pelakon itu sendiri.


"Saya tak kecil hati dan rasa seronok juga sebab karakter antagonis mengajar supaya tidak menjadi seperti watak yang saya jayakan itu.


“Watak sebegitu mengingatkan dan memanusiakan saya agar jangan jadi seperti mereka,” katanya dalam satu temu bual podcast baru-baru ini.




Berkongsi watak idamannya, Amerul mengakui teringin menjayakan naskhah  bergenre romantis.


"Saya nak ‘love story’. Tak pernah berlakon bercinta, asyik jadi orang jahat menghalang cinta orang lain


“Sebenarnya saya tak letak harapan tinggi, bercinta dengan hantu pun okey,” tutur bintang drama Bru itu.




Dalam perkongsian lain, bintang filem 6 Jilake itu berpendapat bidang seni tidak boleh dijadikan kerjaya tetap dan perlu mempunyai kerjaya sampingan lain.


Dia juga mengakui memilih untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai hobi selepas melihat banyak kisah sedih membabitkan pelakon veteran hari ini.


“Lakonan sekadar hobi dan bukan tempat untuk cari makan. Itu yang saya nampak industri di Malaysia sebab ramai pelakon veteran kita di usia tua mereka sangat menyedihkan.




"Jadi perkara itu buat saya rasa benda ini tak boleh dijadikan kerjaya, harus ada benda lain yang ‘backup’ dan bersedia untuk pencen.


“Industri ini tak menjamin masa depan,” katanya lagi kepada pengarah dan penerbit Erma Fatima yang mengendalikan podcast tersebut. – HIBGLAM




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 29-5-2025 06:18 PM
Edited by amyfaha at 29-5-2025 06:20 PM

Hantu pun angkat bendera putih kalau gini rupa. Jaga la penampilan. Dark & keping tak salah, yg salah muka minyakkkk & kepam
Quote becir 29-5-2025 07:02 PM
tingin nak tengok dia n fazzy berlakon romcom..
Quote lasagna 5-6-2025 09:03 AM
dia ni kalau kat luar kemas jer, xde pun selekeh.
bakat dia pun bukan kaleng2,
cuma riak wajah dia tu, nk bwk watak mellow2 ni,
mebi pengarah kena pikir byk kali agaknya..
Quote mdmy 5-6-2025 03:30 PM
bercinta dgn cik ponti nak? citer sedih. kisah benar

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072335 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top