CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mungkin tunai haji tahun depan dengan suami baharu’ - Nora Danish

30-5-2025 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 786| Komen: 0|Original author: tatod

1000044204.jpg



KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nora Danish meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.


Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dia sangat berharap dapat menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu.




“Saya sebenarnya nak sangat pergi haji tahun ini. Tetapi tak ada rezeki. Allah kata belum lagi. Mungkin tahun depan bersama suami baharu, insya-Allah.


“Sejujurnya saya rasa sedih dan terkilan. Tetapi semuanya kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu merancang.


“Jadi tahun ini saya akan sambut hari raya Aidiladha di Malaysia sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi abaya terbaru daripada Amber, di sini, semalam.




Ditanya apa yang menghalangnya daripada mengerjakan ibadah haji tahun ini, kata pelakon filem Bencinta itu, terlampau banyak perkara yang perlu diuruskan.


“Pelbagai tawaran datang dan saya perlu buat keputusan dan pilihan. Tetapi panggilan haji ini adalah jemputan daripada Allah kan. Kalau belum sampai masanya, maka belum lah. Insya-Allah tahun depan,” jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Nora baru sahaja dilantik sebagai duta koleksi abaya jenama Amber yang diberi nama Oasis.




Selain Nora, dua lagi selebriti popular turut dipilih sebagai duta bersama iaitu Amira Othman dan Amyra Rosli. – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043031 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top