“Sebabkan staff kami kahwin. kami Datang makan-makan. Semoga berkekalan hingga ke Jannah,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji keluarga berkenaan yang tidak kisah duduk meja biasa bersama tetamu-tetamu lain tanpa layanan VVIP. Sementara itu, ada yang teruja melihat Aliff hadir ke majlis kahwin pekerjanya serta membandingkan dengan majikan mereka yang tidak mungkin akan berbuat demikian. Dalam pada itu, ada yang suka melihat keluarga Aliff kerana sentiasa merendah diri kerana mereka belajar dari susah sebelum berada di tahap sekarang.
|
ADVERTISEMENT