CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“8 Hari Saya Tidur Berdiri Dalam Lokap” - Yasin Senario

29-5-2025 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1476| Komen: 15|Original author: Raline


yassisn.jpg


Pelawak Yassin Yahya mendedahkan sebelum ditempatkan di Pusat Pentadbiran dan Pengusiran Warga Negara Asing Jeddah, dia ditahan dilokap polis selama 10 hari.

Menerusi podcast bersama Saiful Apek, Yassin berkata keadaan lokap sangat menyedihkan dan dia terpaksa tidur berdiri kerana lantai sudah penuh.

“Keadaan di lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh. Saya akhirnya dapat juga tidur di depan pintu tandas. Nampak kaki orang langkah saya dalam masa lapan hari.

“Kemudian, saya dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing di Jeddah pada 5 November, tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Yassin berkata dia mendapat panggilan pihak konsulat Malaysia di Jeddah pada hari pertama dipindahkan ke pusat berkenaan dan akhirnya dapat berhubung dengan isterinya.

“Pihak konsulat pun sukar nak tembus. Alhamdulillah, mereka akhirnya dapat bercakap dengan saya. Kali pertama saya dapat tinggalkan ‘voice note’ kepada isteri. Atas bantuan pihak konsulat juga, saya diberikan bercakap dengan isteri, namun talian terputus-putus,” katanya.

Tambah Yassin lagi dia melalui perbicaraan secara atas talian pada 19 November lalu dan menjelaskan bahawa dia bukan penyeludup namun dia dijatuhkan hukuman selama enam bulan

“Saya akur kesalahan. Saya beritahu isteri, ini kesalahan saya bawa barang ada lambang larangan, mungkin saya terlepas pandang. Apapun, saya anggap ini musibah dan perjalanan hidup saya. Mungkin musibah ini satu kebaikan untuk saya.

“Ini satu pengajaran, saya nak pesan kalau pergi negara orang, berhati-hatilah. Jangan bawa barang ada lambang larangan. Saya tidak mengikuti kursus umrah, jadi saya tidak tahu, tapi inilah akibatnya pergi tanpa ilmu,” katanya.

SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 28-5-2025 03:20 PM
Lps ni acik busy la ek
Memenuhi undangan podcast utk bercerita tentang pengalaman jadi banduan
Quote sharlenetexas 28-5-2025 04:40 PM
Nak pusing apa lagi pacik?


Quote sfrnna 28-5-2025 05:56 PM
Tak p kursus....
Quote penmerah 28-5-2025 06:02 PM
Orang kalau insaf taubat nasuha takdenya nak bukak pekung sendiri, pusing cerita itu ini

Ini mcm takde kemaluan ye???
Igt nitizen ni ramai yg Bodo ke? (Tak dinafikan akan Ada yg percaya temberang)

Igt authority Sana takde credibility Ka?

Tak malu bethol
Harap Kaki2 temberang ni kene tangkap kat negara lain pulak sbb nampak gayanya mcm Tak insaf pun
Quote amyfaha 28-5-2025 06:03 PM
Jap lg keluar podcas airmata kemudian terus busy smpai akhirat sbb sana sini jadi duta.
Quote gangerina 28-5-2025 08:05 PM
lambang larangan??? adoiyaii spin selagi boleh....
Quote red_velvet 28-5-2025 08:35 PM
Tak ikut kursus umrah tapi pergi umrah? Jadilah ibadat ikut ikutan.. Betullah kata ulama, khir, zaman org pergi umrh & Haji ibarat melancong je
Quote sleepandream 28-5-2025 08:44 PM
eleh boleh je tidur duduk bersila... exaggerate
Quote anggeriklatifah 28-5-2025 08:46 PM
ÇUKUP YASSINNN
CUKUPP!!!!
CUKUP LAAH KAU MENG NGAII NGAAII KAN KAMI  SEMUA
Quote ishlani 29-5-2025 05:39 PM
tabahlab yasinnn
Quote theotherfriend 29-5-2025 08:35 PM
Jangan tipu bab2 macam ni. Kena sambar petir nanti
Quote Zeelalala 29-5-2025 10:13 PM
Baca boleh, percaya jangan
Quote Carcosa 29-5-2025 10:18 PM
Si kimak hidung cendawan ni ingat kita2 ni tolol mcm dia agaknya.
Apa yg lambang tak dibenarkan??
Boxer kau ada gambar daun weed tu? Or cigarette tin kau cover dia ada gambar weed??
Eh Sudah2 laaa. Kalau nak kencing, kau kencing nenek kau, atok kau, bini kau, dgn pembatak2 kau yg tak move on move on dgn Senario, dgn movie franchise Senario, dgn ayat2 bodo kau tu. Aku xpercaya. Sekali makan taik, forever makan taik. TITIK!
Quote L.U.S.M 30-5-2025 02:21 AM
Pergi mekah utk beribadat ke berbohong?

Cash dh dpt kurma
Masih lg nk tegakkan benang basah
Tak serik2 ye
Quote Kuin-Kepam 30-5-2025 08:21 AM
So.. Pak Arab sengaja nak aniya ko lah..
Ye lah tu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043416 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top