CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Yang Minta Saya Bermulut Jahat Adalah Penerbit Program” - Janna Nick

29-5-2025 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2838| Komen: 35|Original author: Raline


jannn.png


Sebelum ini, pelakon dan pengacara Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.

Tampil menjelaskan perkara itu, Janna berkata soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri dan bukan menyindir bekas isterinya.

“Saya tanya soalan berdasarkan situasi. Untuk yang tak faham dan kata saya hina perempuan bercerai, hello, saya pun datang daripada keluarga berantakan. Saya sekadar mahu mendapatkan perspektif jujur daripada seorang lelaki yang sudah bercerai.

“Saya sangat faham perasaan perempuan ditinggalkan atau meninggalkan. Saya tidak akan, malah mustahil menghina seorang wanita dan ibu,” katanya.

Sementara itu, Janna berkata dia bukan pengacara bermulut jahat sebaliknya dia diminta untuk ‘bermulut lancang’ ketika bertanyakan soalan.



“Selalunya, yang minta saya bermulut jahat adalah penerbit program. Untuk pengetahuan, kalau saya dapat sesuatu ‘job’ dan ketika mesyuarat atau taklimat produksi, saya memang akan disuruh untuk bermulut lancang ketika bertanyakan soalan.

“Kalau tiba-tiba masa ‘rehersal’ program, saya jadi baik, lepas habis sesi produser akan tegur dan minta kembali menjadi jahat,” katanya.



Dalam pada itu, Janna berkata dia mahu menjadi pengacara yang versatile dan gaya pengacaraannya akan mengikut program yang diacarakan.

“Kalau saya mengacarakan program Melodi, saya kenalah ikut acuan disediakan. Kalau penerbit nak saya tukar gaya pengacaraan seperti program Nona, saya kenalah tukar watak jadi wanita ayu, bermulut manis dan lemah lembut. Saya nak jadi pengacara yang ‘versatile’,” katanya.

SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 28-5-2025 02:01 PM
Boleh je decline, tp bila mulut jahat orang sebut2, so nt viral..tu je kan??
Quote Zezo 28-5-2025 02:03 PM
Terletak atas diri sendiri. Tapi dia yg nak juga kn bermulut jahat. Nampak sgt takde kredibiliti.
Quote kilauanemas 28-5-2025 02:31 PM
adoi
Quote Whitepinkrider 28-5-2025 06:05 PM
ye pun nak menjiwai watak jahat tu kan
Quote L.U.S.M 29-5-2025 03:46 AM
Laaa xhbs lg?

Sudahla kau...alasan tukar2 ni nmpk sgt ko mmg sindir janda tu
Quote DARSITA 29-5-2025 04:34 AM


jangan layan orang gila nanti kita jadi gila :-)
Quote Piramida 29-5-2025 06:14 AM
"kalau saya dapat sesuatu ‘job’ dan ketika mesyuarat atau taklimat produksi, saya memang akan disuruh untuk bermulut lancang..."

Teruk betul kerja ko ya kak kerja kena lancang je.. Nampak jahat betul pekerjaan itu.
Quote kepingbewok 29-5-2025 06:32 AM
org suruh mulut lancang..bknnya mulut jamban.itu org ckp,perlunya akal.kalau pakai akal,,xdenya keperluan "perempuan gila" tu terkeluar dari mulut ko sbb disuruh jd watak bermulut lancang tu..
Quote mizzmimi 29-5-2025 07:44 AM
Ye la produser yang salah..

Tapi nama ko la yang busuk nok.. yang kena jawab pon engko sendiri bukan produser ko nak tolong jawabkan..
Quote azimodin 29-5-2025 08:00 AM
Cari rezeki dengan bermulut lancang.. padahal  ko dah ada platform yg solid, boleh je cari duit buat reviews kan. Disebabkan ko, orang2 yg sakit mental kat luar sana pon terpalit sekali.
Quote selipar_hijau 29-5-2025 08:05 AM
ko pun takde prinsip
Quote noor2 29-5-2025 08:10 AM
Gemok dia ni ..badan hodoh...tp muka lawa..
Quote aciksenah 29-5-2025 09:59 AM
Dia dari dulu lagi sejenis mulut lepas..kat melodi pun sama..Tiba2 nak salahkan orang lain..
Quote prince_marhaen 29-5-2025 10:17 AM
tak payah explain la jannak...mulut kau daripada awal dulu memang camtu... sejenis rempit kampung... tengok kau treat laki kau macam budak terencat pun dah tau kau macamana... acah2 savage acah2 ''orang utaghaaa semua kasaq kasaqqqq la ampa...kena la tahan dengan caghaaa kamiii'' puiiiii!!! buthoooooooo!!!
Quote JahLupa 29-5-2025 07:08 PM
Produser suh masuk api neraka turutkan gak ke
Quote bankerpencen 29-5-2025 07:09 PM
Kau kan sejenis bingit yang tak berotak… dahlah gemuk… nasib muka boleh tahan. Pick a struggle pls haha
Quote mawarberbisa 29-5-2025 08:46 PM
sah betina gila
Quote ReginaGeorge 29-5-2025 10:30 PM
Overdose ubat kot..
Quote heythere123 29-5-2025 10:43 PM
grow a backbone la, sampai bila ko nak jadi macam lembu?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052448 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top