CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasuah RM8.1 juta- Bekas ketua pegawai kewangan antara ditahan

28-5-2025 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 776| Komen: 3|Original author: Raline

1.png


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu iaitu melibatkan bekas pemilik syarikat dan bekas ketua pegawai kewangan ekoran disyaki mengemukakan butir matan palsu kira-kira RM8.1 juta.

Difahamkan, tuntutan butir matan palsu itu melibatkan penyediaan perkhidmatan sewaan mesin, fasiliti serta pelupusan sampah.

Perintah reman selama sehari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an telah ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Kedua-dua suspek dipercayai terlibat rasuah dan pengubahan wang haram bagi penyediaan perkhidmatan sewaan mesin serta fasiliti antara tahun 2019 hingga 2021.

“Selain itu, siasatan juga memfokuskan kepada tuntutan perkhidmatan pelupusan sampah yang telah berlaku pada Januari hingga Oktober 2022 dan juga penerimaan wang rasuah,” katanya, tadi.

Sumber berkata, penyiasatan juga sedang mengenal pasti kesalahan-kesalahan jenayah lain di bawah kanun keseksaan serta kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, menerusi Op Flora dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM di 11 buah premis di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan semalam, SPRM telah membekukan 76 akaun bank terdiri daripada akaun individu dan akaun syarikat melibatkan jumlah kira-kira RM1.68 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bantalguling29 30-5-2025 12:17 PM
sungguh miris
Quote Decaffeinated 30-5-2025 03:55 PM
Kasi lah nama, mana tau kot2 kenal.
Quote Shaheeran 3-6-2025 11:34 AM
Pelupusan sampah punya biz pon boleh seleweng RM8.1 juta...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059050 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top