CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Paksa ‘Bersama’ 4 Hari Selepas Bersalin Czer, Wanita Nyaris Hilang Nyawa – ‘Dia Tak Boleh Tunggu, Risau Termakan Luar’

26-5-2025 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1465| Komen: 28

 


Seorang wanita hampir kehilangan nyawa selepas dipaksa melakukan hubungan intim oleh suaminya hanya empat hari selepas bersalin secara pembedahan.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh seorang doktor, Dr. Christable Akinola, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Dr. Christable, selepas wanita itu melahirkan anak, si suami kerap mendesak untuk melakukan hubungan badan. Meskipun wanita itu menyatakan dia belum bersedia untuk ‘bersama’ memandangkan baru empat hari melahirkan anak, namun si suami tidak mengendahkannya.

Dia kata dia tak boleh tunggu lama, risau nanti dia ‘makan luar’ untuk puaskan nafsu.

Demi menjaga hubungan dalam rumah tangganya, wanita itu akur dan menuruti permintaan si suami. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan krtikal.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami komplikasi dikenali sebagai Air Embolism (Embolisma Udara) iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam saluran darah melalui faraj yang masih terbuka selepas bersalin.


Apabila udara tersebut sampai ke paru-paru atau jantung, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan jantung, kegagalan pernafasan, kerosakan otak dan kematian.


Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan langsung tidak melawat isterinya di hospital, dengan alasan malu berjumpa dengan doktor.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Dr. Christable menyarankan agar para wanita menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin sebelum kembali melakukan hubungan suami isteri.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan pendarahan telah berhenti dan luka pembedahan pulih sepenuhnya selain tidak mengalami sebarang jangkitan.

Sumber: Instagram Dr. Christable Akinola

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 26-5-2025 05:23 PM
Kata bersalin secara pembedahan.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami komplikasi dikenali sebagai Air Embolism (Embolisma Udara) iaitu keadaan di mana udara masuk ke dalam saluran darah melalui faraj yang masih terbuka selepas bersalin.

Apa kaitan dengan ni pulak? Kalau bersalin normal meols paham la.
Quote tumpanglalu74 26-5-2025 05:47 PM
Laki ko tu binatang tau dak??
Quote L.U.S.M 26-5-2025 07:35 PM
6minggu aka 44hari

So betulla idea berpantang org melayu buat dulu kala
Quote adeqbun 26-5-2025 07:38 PM
L.U.S.M replied at 26-5-2025 07:35 PM
6minggu aka 44hari

So betulla idea berpantang org melayu buat dulu kala

Dr imelda kemain mrh bab2 pantang melayu..ai rs wlupn sekurg nya6 mggu..tp baik lebih dr tu utk pastukan luka  btol2 sembuh
Quote AkokKocik 26-5-2025 07:42 PM
Klu main blowjob tu, x puas ke?istri gosok guna tangan ke..#tanyajer.
Quote Denco 26-5-2025 08:29 PM
L.U.S.M replied at 26-5-2025 07:35 PM
6minggu aka 44hari

So betulla idea berpantang org melayu buat dulu kala

Betul sis..Org melayu kita lagi cerdik pandai & dh mendahului ilmu perbidanan sejak dulu kala. I pecaya je setiap pantang larang tu ada sebab²nya yg mana org skrg byk pandang remeh
Quote L.U.S.M 26-5-2025 08:37 PM
kotakbaju replied at 26-5-2025 05:23 PM
Kata bersalin secara pembedahan.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami komplikasi diken ...

Aku rasa cite ni hasanah sgt

Dr Non Muslim

Tetibe sang suami risau makan luar

Pdhl klu Muslim pun blh je puas dgn mcm2 cara

LMAO
Quote edayildiz 26-5-2025 08:42 PM
euww ada ke laki camni..xkn la kn...dia nk ngesek pun xlalu kalau bini baru bersalin..baik dukung baby...sian somi salu kena fitnah
Quote uda 26-5-2025 10:10 PM
Dulu ada cerita drp Doktor lelaki yang sorang wanita meninggal sebab pendarahan banyak. After dr ni desak husband dia, husband dia mengaku yang dia paksa isteri dia buat xxx.
Quote Zack8hunter 26-5-2025 10:12 PM
kerat je boboi dia tu
Quote meridian 28-5-2025 02:36 PM
Quote Prickford 28-5-2025 03:04 PM
adeqbun replied at 26-5-2025 11:38 AM
Dr imelda kemain mrh bab2 pantang melayu..ai rs wlupn sekurg nya6 mggu..tp baik lebih dr tu utk pa ...

padahal boleh je dr imelda tu terus bagi info. Ni manjang bitter dgn orang2 yg pantang ikut adat melayu. Bitter much, kata terpelajar.

Quote awanysss 28-5-2025 03:42 PM
adeqbun replied at 26-5-2025 07:38 PM
Dr imelda kemain mrh bab2 pantang melayu..ai rs wlupn sekurg nya6 mggu..tp baik lebih dr tu utk pa ...

apa yg dr imelda marah pantang org melayu tu?
meols tak pernah nmpk apa2 isu pun yg dia share..
dia share semua medical based, bukan adat punya..
cuma meols tertarik apa yg dia "marah2" tu, is it against medical?
Quote sayawifenikmie 28-5-2025 03:46 PM
kotakbaju replied at 26-5-2025 05:23 PM
Kata bersalin secara pembedahan.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami komplikasi diken ...

mungkin tetaop ada bukaan faraj walau bersalin secara czer
maksud saya ... faraj tak cukup terbuka
atau ibu tak mampu nak meneran lagi
thus, dr terpaksa lakukan czer ..
Quote adeqbun 28-5-2025 05:38 PM
Prickford replied at 28-5-2025 03:04 PM
padahal boleh je dr imelda tu terus bagi info. Ni manjang bitter dgn orang2 yg pantang ikut adat m ...

Ye..ckp la mmg ade yg x bole makan tp ikut bdn masing2..xboleh nak sebat semua mcm hari2 biasa..
Ni siap ckp semua bole makan..bile ade ckp effect die ckp ade yg alahan ikut bdn masing2..same la jugak tu maksudnye..xhabes2 anti sgt dgn amalan tradisi turun temurun..
Dah la menu healthy die nmpk xsdp lgsg..pengikut tegar eie je duk puji2 looks yummy
Quote adeqbun 28-5-2025 05:39 PM
awanysss replied at 28-5-2025 03:42 PM
apa yg dr imelda marah pantang org melayu tu?
meols tak pernah nmpk apa2 isu pun yg dia share..
di ...

Not againts medical..cume die byk mengecam amalan tadisi pantang melayu..walhal ade je kebenaran dlm amalan pantang ni
Quote sukacactus 28-5-2025 05:51 PM
Ank jiran mak aku, bersalin normal tp jahitan tertetas jg sebab xmenyabor jg kisahnya
Ishhh! Ngilu!
Quote bantalguling29 29-5-2025 09:33 AM
laki yang tak punya hati
Quote A-Are 29-5-2025 09:47 AM
kalau czer, untuk bersama tu atleast tunggulah betul2 luka dah ok...atleast 2bulan..seeloknya 3bulan after

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.474753 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top