CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

IPD Kuala Muda tubuh skuad khas 'All Blacks Militan Jihad Dadah'

26-5-2025 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 965| Komen: 0|Original author: tatod

1000041836.jpg



SUNGAI PETANI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menubuhkan skuad khas 'All Black Militan Jihad Dadah', ditubuhkan hari ini bertujuan untuk membanteras aktiviti dadah di daerah ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata skuad khas itu disertai seramai 25 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit.


Beliau berkata, mereka akan bergerak di kawasan pasar raya serta kawasan tumpuan ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti dadah.


"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada skuad khas ini yang akan bertindak segera.


"Latihan jasmani bersama saya turut diadakan hari ini di dataran kawad IPD Kuala Muda, bermula jam 8 pagi tadi dimulakan dengan acara regangan dan diteruskan dengan latihan mara lasak di bawah tenaga pengajar, Sub Inspektor Saharuddin Asad," katanya di sini hari ini.




Hanyan berkata, skuad All Black Militan Jihad Dadah bertujuan untuk memerangi habis-habisan aktiviti dadah hingga ke peringkat akar umbi di daerah Kuala Muda. - BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.030390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top