CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua kali air mata gugur, Mas Khan sebak bergelar suami

26-5-2025 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3215| Komen: 23|Original author: tatod

1000041497.jpg



DALAM linangan air mata, pelakon Mas Khan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Anatasha Diana dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.


Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Aziz Abd Mutalib.


Pada majlis itu, Mas menyerahkan mas berkahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran kepada Anatasha.




Pengantin perempuan turut menerima seutas gelas emas.


Majlis pernikahan mereka berlangsung di Gombak, Selangor dan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat.


Dalam pada itu, Mas atau Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkata, air mata gugurnya disebabkan gembira akhirnya hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.


"Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan.


“Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.




“Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami," katanya ketika dihubungi mStar.


Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah petang.


Manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 14 Jun nanti di Genting Highland, Pahang. - mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lampuled 25-5-2025 12:27 PM
Muka dgn nama lebih kurang
Quote kechikchomel 25-5-2025 12:49 PM
Qi Razali pun kawin harini kan.

OT sikittt..iolss cari jugak benang berkaitan tapi tak jumpa. Ayah Fahrin Ahmad ke yang meninggal baru ni? Ada lalu kat FB reels iolss, reels Amal Team. Dalam video tu rupa sebijik FA. Rupanya memang FA. Baca komen, ada yang kata ayah dia yang meninggal. Ada jugak yang kata ipar dia yang meninggal.
Quote black_handbag 25-5-2025 01:37 PM
kechikchomel replied at 25-5-2025 12:49 PM
Qi Razali pun kawin harini kan.

OT sikittt..iolss cari jugak benang berkaitan tapi tak jumpa. Ayah  ...

Ada melintas kat ig tadi. Ya betul ayahnya yg meninggal
Quote sukacactus 25-5-2025 04:11 PM
Apasal semua pics mcm AI generated
Quote Perils 25-5-2025 04:42 PM
Yg kanan asal lari rupa si mas khan ni.kiri tu nmpk real maybe sbb dagu tu kot
Quote TeropongThaico 25-5-2025 05:19 PM
Tahniah moga terus kekal hingga ujung usia dikurniakan baby yg comey2
Quote noor2 25-5-2025 05:39 PM
Dgn anak NAZA tu x jd ya...
Quote Burong_Hantuk 25-5-2025 05:42 PM
noor2 replied at 25-5-2025 05:39 PM
Dgn anak NAZA tu x jd ya...

Ex naza tu mcm dah ada bf mat salleh..x sure btl ke x
Quote noor2 25-5-2025 05:43 PM
Burong_Hantuk replied at 25-5-2025 05:42 PM
Ex naza tu mcm dah ada bf mat salleh..x sure btl ke x

Ohhhh..kisahnya...
Quote Piramida 25-5-2025 05:46 PM
Nama lebih kurang ex...
Tp cantik dan muda berganda laa dari ex.
Quote Piramida 25-5-2025 05:47 PM
kechikchomel replied at 25-5-2025 12:49 PM
Qi Razali pun kawin harini kan.

OT sikittt..iolss cari jugak benang berkaitan tapi tak jumpa. Ayah  ...

Ayah FA.
Quote doubleA 25-5-2025 05:49 PM
Tahniah. Lawa bini
Quote amyfaha 25-5-2025 05:52 PM
Penh nmpk both kat luar,Bila tak bersiap,rupa mcm kita2 je youuuuu. Hehehe,mungkin keluar saje2 gi 7e. Tu yg x makeup
Quote sue_liah 26-5-2025 03:42 PM
noor2 replied at 25-5-2025 05:39 PM
Dgn anak NAZA tu x jd ya...

jadi stock geli2 makcik tu je ke



Quote Nangney 26-5-2025 04:14 PM

lawa weh tgk depan2 hari tu jmpa kt klcc..bini die pramugari..umur 27 muda lagi..
mas khan sekarang bkk akedemi ape tah trading ka apa ka..pastu mas khan ada biz kete dgn adik ipar lelaki dia..laki si nisa tu...mas khan ni satu bagus die, meratukan mak dn adik beradik dia..
Quote cattiecute 26-5-2025 04:40 PM
MK ni la yang buat statement haritu
"tak solat takpe janji bersedekah kan"
heheheh
ke guano ayat dia
iols idok la suci mana tapi tak berani nak buat statement gitu. sheram nok
btw selamat penantin baru
Quote mamajawie 26-5-2025 10:31 PM
Tahniah la bini comel kalau nk dibandingkn dgan olmaneh dulu..sepadan la kome berdua
Quote sfrnna 27-5-2025 07:47 AM
Kata kaya raya tp hantaran 20k jurrrr
Quote menjad 27-5-2025 08:17 AM
pesal gambo pengantin kejap sado kejap kurus kering... hahaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048737 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top