CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alya Iman hidap skoliosis, lutut pun macam orang tua

17-5-2025 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2426| Komen: 28|Original author: Raline

1.png


Nama Alya Iman tidak pernah lekang daripada kontroversi sejak berjinak-jinak dalam dunia peragaan hingga bergelar pelakon.

Meskipun begitu, dia enggan mengendahkan cakap belakang sebaliknya lebih memandang ke hadapan untuk mengukuhkan kerjaya seni.

Bakat lakonan yang dipercayai diturunkan bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha benar-benar membawa hasil apabila dia berjaya meneruskan legasi.

Lebih bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kebelakangan ini, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil itu meluahkan keinginannya untuk berlakon dalam karya aksi.

Bagaimanapun, impiannya agak terbatas dek mempunyai sakit belakang dan lutut yang membuatkan pergerakannya terbatas.

Demi mencabar diri, Alya mendambakan watak aksi, namun terbatas dengan kesihatan fizikal.
“Impian saya nak buat aksi tetapi saya sakit kaki dan belakang. Jadi, kena beri tumpuan untuk sembuhkan dahulu.

“Saya ada penyakit skoliosis dan lutut tak berapa kuat. Saya sakit sebab jatuh kuda masa kecil.

“Sakit lutut itu mungkin juga ada kaitan dengan sakit belakang. Gel pada lutut saya hilang seperti orang tua,” katanya kepada HibGlam.

Meskipun terbatas, wanita berusia 24 tahun itu tetap berdegil untuk membawakan watak aksi dan mengakui sering melakukan rawatan pemulihan berkala bagi masalah meredakan dihadapi.


“Kalau ada watak kena buat aksi, saya akan tetap buat dan tidak kisah pun sakit.

“Boleh buat aksi cuma kena pergi fisiologi dan tubuh badan kena ‘fit’.

“Saya buat rawatan dan pergi kiropraktik tetapi tak berani nak buat pembedahan,” ujarnya.

Kata Alya, antara babak mencabar dirinya sebagai seorang pelakon adalah adegan menitiskan air mata
Bukan skrip tipikal

Dalam perkembangan lain, Alya kini membintangi drama Viu berjudul Pabila Dia Tersenyum yang membawakan watak Elina iaitu seorang wanita yang kehilangan bapanya sejak kecil.

Katanya, dia teruja apabila menerima skrip sehingga sanggup tahan mata untuk menelaah sepanjang malam.

“Masa dapat skrip, saya baca sepanjang malam sebab terlalu teruja. Ini bukan skrip ‘typical’ (biasa).

“Bukan cerita cinta, saya teruja bawakan (watak) Elina sebab sangat mencabar. Terlalu banyak emosi dan saya kena keluar dari zon selesa.

“Dalam masa sama, takut juga nak bawa watak Eliana sebab cerita tentang kehidupan. Banyak sangat sebenarnya terjadi dalam dunia,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Alya berharap watak Elina sedikit sebanyak membantu wanita di luar sana untuk menjadi lebih kuat.

Tiga tunggak utama drama Pabila Dia Tersenyum iaitu Amir Ahnaf (kiri sekali), Alya dan Adam Lee.
Trauma

Malah, karakter itu juga membuatkan dia mengingat kembali trauma yang pernah dilalui dalam kehidupan.

“Saya juga nak sampaikan mesej bahawa wanita tak selamanya lemah. Mereka akan pertahankan diri sendiri.

“Cerita ini berat sebab banyak menangis. Awal-awal dulu, saya susah sangat nak menitiskan air mata tapi ini kerja saya, jadi banyak saya belajar dari karakter itu.

“Cuma ada beberapa bahagian yang buat saya imbas kembali trauma dalam hidup saya juga yang agak menyeramkan,” jelasnya.

Kongsinya lagi, watak Elina lebih dekat dengan dirinya yang kehilangan bapa sejak 2018.

“Apabila buat watak menangis, saya terbawa sampai rumah.


“Ada satu babak, Eliana cakap ‘kenapa bapa dah tak ada dan kena hadap semua seorang diri.’ Saya terkesan dengan dialog itu sebab mencerminkan diri saya,” tuturnya.

Drama romantik dan kekeluargaan 15 episod ini diadaptasi daripada novel karya Liza Nur mula ditayangkan pada 24 April 2025 setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu di Viu.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-5-2025 12:17 AM
Tepi bibir dia pun nmpk jatuh macam orang tua.


Quote L.U.S.M 17-5-2025 01:32 PM
sharlenetexas: Tepi bibir dia pun nmpk jatuh  ...


Hahaha baru nk ckp
Bukan lutut je..bibir pun dh mcm 42 even baru 24...
Dh tahu tulang xok pki heels tinggi mmg xsayang badan la namanya
Quote tapirbiru 17-5-2025 02:12 PM
aiyo sendu nak mampos..tak layak dibincangkan
Quote sharlenetexas 17-5-2025 04:04 PM
L.U.S.M replied at 17-5-2025 01:32 PM
Hahaha baru nk ckp
Bukan lutut je..bibir pun dh mcm 42 even baru 24...
Dh tahu tulang xok pki heel ...

Padahal umur muda lagi.


Quote Cenderakirana9 17-5-2025 05:31 PM
Pernah terjumpa dia ni 2 ke 3 tahun lepas kot. Kat surau masa tu and dia still pakai tudung. Lawa jumpa depan2. Manis muka dia.
Quote L.U.S.M 17-5-2025 08:53 PM
Cenderakirana9 replied at 17-5-2025 05:31 PM
Pernah terjumpa dia ni 2 ke 3 tahun lepas kot. Kat surau masa tu and dia still pakai tudung. Lawa ju ...

Umur awal 20an mmg semua nmpk lawa sis...
Maklumla..peak of ur youth..bergetah collagen semua peak lg..hehehe...
Quote I.K.A888990 17-5-2025 09:32 PM
beza dia dgn si daiyan walau bersugar dada job drama alya mencurah2 back to back jdi lead..

maybe sbb lagi bagus berlakon dari daiyan kot ek..husnuzonnnn
Quote cmf_premierleag 17-5-2025 09:55 PM
Teringin nk tgk alya belakon dgn nek ogy
Anak Ali bertemu dgn Asmidar
Quote bankerpencen 17-5-2025 10:12 PM
Bukan sekadar lutut macam orang tua… tang mulut pun lebih kurang dah. Bila senyum mcm orang tua senyum
Quote bellaamsar 17-5-2025 10:18 PM
Berani dia ni dh tau ade scoliosis pun tetap gigih pakai high heels
Quote minnie_mouse 17-5-2025 11:01 PM
Ko tak yah nk bgtau yg lutut ko tu mcm org tua.. Muka ko tu pon dh nampak mcm org tua tkda gigi...
Quote heythere123 17-5-2025 11:45 PM
I.K.A888990 replied at 17-5-2025 09:32 PM
beza dia dgn si daiyan walau bersugar dada job drama alya mencurah2 back to back jdi lead..

maybe s ...

tapi alya ni sheols main taram je semua project. mek idong sorang lagi tu select sikit sebab nak bagi nampak ekslusif walaupun watak hauk jua

btw budak ni masih berbapak gula ke? last dengar pasal bapak gula sheols yang besar tu kan. Lepastu macam sendu dah isu bapak gulanya
Quote heythere123 17-5-2025 11:46 PM
iols sampai sekarang tapaham netizen puji sheols lawa? lawa celah mana cuz she looks super awam in my eyes.

heran jugak rupa cenggini pon mampu ada bapak gula honestly
Quote amyfaha 17-5-2025 11:53 PM
Sheol adr berlakon citer jd org kaya tp x nmpak org kaya. Mybe pakaian dalam watak kaya tu pakaian murah & biasa2. Nmpak spoilll
Quote testly 18-5-2025 12:34 AM
Bukan semua skoliosis tu perlu pembedahan. Brp degree skoliosis dia? Rsnya min je tu. Sbb klau x, xde maknanya boleh elok jln guna high heels, akan nampak bdn senget ye jln pun senget...
Quote Cenderakirana9 18-5-2025 08:55 AM
L.U.S.M replied at 17-5-2025 08:53 PM
Umur awal 20an mmg semua nmpk lawa sis...
Maklumla..peak of ur youth..bergetah collagen semua peak ...

Hehe. Masa tu terkejut terserempak depan2. In real life, muka dia sangat manis and senyum je kat orang. Tak nampak kekwat. Memang kalau nak banding dengan orang biasa, dia stand out lah
Quote aina_shaira 18-5-2025 09:11 AM
Cenderakirana9 replied at 18-5-2025 08:55 AM
Hehe. Masa tu terkejut terserempak depan2. In real life, muka dia sangat manis and senyum je kat o ...

Dia tinggi lampai
Quote TomyamPuteh 18-5-2025 09:34 AM
Kuat sangat pakai lutut ni.
Quote L.U.S.M 18-5-2025 10:49 AM
Edited by L.U.S.M at 18-5-2025 10:51 AM
bellaamsar replied at 17-5-2025 10:18 PM
Berani dia ni dh tau ade scoliosis pun tetap gigih pakai high heels


Scoliosis minor je..tp exergerate nk bg nmpk ada isu barula nama disebut2


Tp muka dia ni even baru 24tahun nmpk bitchy betul ye
Hilang segala amalan agama yang dia bljr masa duk oversea tu...minta dilindungi Allah dari dugaan n ujian mcm ni
. nauzubillah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.042405 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top