CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Amiruddin tunggu 10 tahun nak timang anak perempuan

14-5-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1224| Komen: 18|Original author: Raline

1.png


TELUK INTAN – Isteri kepada Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri iaitu anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam hari ini pilu dengan kehilangan suaminya selepas arwah menunggu selama 10 tahun sebelum dikurniakan anak perempuan.

Norazian Mohd. Joned, 38, berkata, dia dan suaminya telah menunggu selama 10 tahun untuk mendapat anak perempuan namun kini suami tercinta telah tiada.

“Sebelum ini, kami dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Amira Sofea yang kini berusia setahun.

“Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) di sini hari ini.

Norazian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya tengah hari semalam sebelum Allahyarham bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.

“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya.

Ujarnya, arwah mula berkhidmat dalam pasukan polis sejak 2011 dan pernah bertugas di beberapa negeri termasuk Johor, sebelum berpindah ke penempatan terkini.

“Saya dapat tahu pasal kemalangan itu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan membabitkan Unit 5 dari Sungai Senam.

“Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar,” katanya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 13-5-2025 09:54 PM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn... Kesian balu.
Anaknya yg Boy tu hensem nya lahhh. Sabar ye dik.
Quote akies 13-5-2025 11:46 PM
Kesiannya..anak2 masih kecil
Quote Nenolen 13-5-2025 11:47 PM
Innalillah…
AlFatihah…
Quote Manjahati 14-5-2025 12:27 AM
Takziah utk keluarga..ank kecil2 lg
Quote KamikuP 14-5-2025 09:32 AM
TAkziah buat keluarga mangsa. Moga dicucuri rahmat. AAmin
Quote afie_m 14-5-2025 09:39 AM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuuunn.
salam takziah
Quote Misslalala167 14-5-2025 10:50 AM
Salam takziah untuk keluarga mangsa.
Quote acikonion 14-5-2025 10:55 AM
Salam takziah
Quote nisako 14-5-2025 03:12 PM
takziah sian
Quote liyamariska 14-5-2025 05:52 PM
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Quote cap_ayam 14-5-2025 06:08 PM
Anak perempuan ikut muka ayahnya.. semoga jadi anak soleh dan solehah boleh doakan ayah ye. Anak sulung yang imamkan solat jenazah.
Quote pittjie 15-5-2025 09:41 AM
cap_ayam replied at 14-5-2025 06:08 PM
Anak perempuan ikut muka ayahnya.. semoga jadi anak soleh dan solehah boleh doakan ayah ye. Anak sul ...

ya ke anak sulung yang imamkan solat jenazah? alhamdulillah. baru umur 12 thn. tapi macamana la hati nya ya. semoga Allah kurniakan sifat redha dan tabah buat balu & anak2 yatim yang ditinggalkan. sedih memikir yang meninggal tu semua muda2 belaka. berapa orang agaknya anak2 yg menjadi yatim
Quote cap_ayam 15-5-2025 02:46 PM
pittjie replied at 15-5-2025 09:41 AM
ya ke anak sulung yang imamkan solat jenazah? alhamdulillah. baru umur 12 thn. tapi macamana la ha ...

Ye ada dalam news.
Quote vanilacup 15-5-2025 02:55 PM
Sesuatu yg hebat bila anak yg dididik mampu solat jenazah utk ayah sendiri.
Inilah rezeki pd arwah dan dimuliakan pd hari kematiannya..
Semoga Allah menempatkan arwah pd golongan salafussoleh..
Quote edayildiz 15-5-2025 02:57 PM
kesiannya
semoga dipermudahkn urusan
Quote novelloverzz 16-5-2025 07:49 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote mejaputih 16-5-2025 09:04 AM
vanilacup replied at 15-5-2025 02:55 PM
Sesuatu yg hebat bila anak yg dididik mampu solat jenazah utk ayah sendiri.
Inilah rezeki pd arwah d ...

seumur 12 tahun telah matang...boleh jd imam tatkala hati sedih kehilangan bapa.
Quote kimsabi 16-5-2025 09:13 AM
Salam takziah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045419 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top