CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik pukul abang sampai mati, marah sebab tak ajak keluarga makan bersama

14-5-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1526| Komen: 11|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-13 140220.png


SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh abangnya sendiri pada petang Ahad.

Suspek, Hanafi, 33, didakwa memukul abangnya, Hermansyah, 41, gara-gara pertelingkahan kecil mengenai makanan di rumah mereka di Kabupaten Batubara, Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut Ketua Bahagian Humas Polis Batubara, Inspektor Satu Ahmad Fahmi, pergaduhan bermula apabila mangsa menjamu selera tanpa mempedulikan ahli keluarganya yang belum makan.

Hanafi didakwa memukul kepala Hermansyah dengan sebatang kayu sehingga mangsa terjatuh sebelum dia terus dibelasah menggunakan tangan.

Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak meleraikan pergaduhan mereka dan segera membawa Hermansyah ke hospital.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Hanafi yang melarikan diri berjaya diberkas polis kurang satu jam kemudian.

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 13-5-2025 07:19 PM
Habis beras kah @nusaraya

Mari kita wadidaw.
Quote akies 13-5-2025 08:26 PM
tajuk [tempatan].
Ingat kt msia la td
Quote Carcosa 13-5-2025 10:00 PM
Bodo punya Yindon. Bangsa selekeh.
Quote Supersirap 14-5-2025 07:51 AM
Apa bendalah yang difikirkan oleh dia ni
Quote BoongaKertas 14-5-2025 09:26 AM
suspek dah lama bengang kot dgn arwah abgnya. tp giler nya ko, psl makanan terus mati abgnya. nauzubillah.
Quote KamikuP 14-5-2025 09:48 AM
BUANG masa baca berita dari yindon
Quote afie_m 14-5-2025 10:36 AM
ingatkan tempatan, upanya..aku yang stress baca bila tahu berita seberang
Quote salimrock 14-5-2025 10:46 AM
berita indon, tp jadikan iktibar

syukurlah kita semua ada makanan, dan tak perlu menahan lapar lama sgt

wa rasa diorang semua tu tahan lapar sebab tu cepat naik nafsu amarah...

Quote Kitty_catz 14-5-2025 11:23 AM
konoha kan set2 IQ single digit
Quote gideoncross 16-5-2025 07:53 AM
Adik heol ni msti jnis d mnjakn oleh kluarga dorg mmnjng, tiap2 hri kna puji tpi c abg d pinggirkn, so brgkli tu sbbnya abgnya pun dh mls nak join family kot
Quote gideoncross 16-5-2025 07:53 AM
BoongaKertas replied at 14-5-2025 09:26 AM
suspek dah lama bengang kot dgn arwah abgnya. tp giler nya ko, psl makanan terus mati abgnya. nauzub ...

Mungkin adik kaki perepot, ank bongsu jnis mnja

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038537 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top