CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Marahkan isteri hilangkan jaring pelindung matahari, suami bebel sambil ‘tekan-tekan’ minyak kereta - “Dia lupa banyak kali curang!”

14-5-2025 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1414| Komen: 8|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-13 134336.png


PERTELINGKAHAN yang berlaku antara pasangan suami isteri sudah menjadi asam garam dalam sesebuah rumah tangga.

Namun seorang wanita terkejut apabila dia dimarahi suaminya atas alasan remeh iaitu secara tidak sengaja menghilangkan jaring pelindung matahari kereta.

"Suami saya marah, membebel cakap saya tak jaga barang. Jaring tingkap ni hilang.

"Saya pun tak perasan jaring tu tak ada. Bukan main lagi dia marahkan saya. Tekan-tekan minyak kereta (ketika memandu). Saya terkedu," katanya menerusi luahan di media sosial.

Dalam hantaran sama wanita itu turut berkongsi foto menunjukkan jaring kereta yang dimaksudkannya.

Tambah pengadu, hatinya begitu sedih dengan sikap si suami yang suka memperbesarkan hal kecil lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sendiri sudah beberapa kali berlaku curang.

"Dia cakap saya tak reti jaga barang dia. Tapi dia sedar tak yang dia tak jaga mental saya? Dia curang dalam perkahwinan berkali-kali?

"Saya masih bagi peluang. Sekarang dia nak marah saya sebab jaring yang boleh order je dekat online," luahnya lagi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menasihatinya agar tidak terus bertahan dalam perhubungan toksik.

Pentingkan kesihatan mental awak, jangan mudah sangat dimanipulasi. - NETIZEN


"Sis, kalau lelaki jenis kaki curang tolong la jangan bertahan. Apabila sudah curang, selalu akan curang lagi. Jangan mimpi dia nak berubah. Pentingkan kesihatan mental awak. Jangan mudah sangat dimanipulasi.

"Hati-hati, zaman sekarang ramai emosi tak stabil. Gaduh suami isteri sebab silap sikit je terus ada jiwa yang melayang. Kalau marah, cepat-cepat berwuduk atau zikir. Kurang sikit rasa marah tu," komen beberapa netizen.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut berterus terang kepada suaminya dan tidak hanya meluahkan perasaan di media sosial.

Screenshot 2025-05-13 134517.png

"Kau cakap la depan muka dia apa yang kau tulis dekat media sosial ni," ujar seorang pengguna lain.

Menjawab kepada reaksi warga maya, wanita itu menjelaskan dia bertindak berdiam diri atau silent treatment selepas dimarahi suami hingga lelaki berkenaan sedar akan kesilapannya.

"Saya dah cakap nak order dekat online. Memang silent treatment la saya bagi. Terus dia senyap.

"Lepas tu suami terhegeh-hegeh bawa jalan dekat Kuala Lumpur. Berhenti makan dekat kedai kegemaran saya.

"Saya memang tak layan la. Memang saya tidur je dalam kereta sampai balik rumah," jelasnya.

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 13-5-2025 03:15 PM
Aku ingat dia marah bini dia sbb dia x leh beromen dgn scandal dlm kereta sbb benda alah tu hilang
Quote BoongaKertas 14-5-2025 09:27 AM
dah ada terang redflag mcm tu, ko kenapa x blah jer kak? nak tggu kena debik dulu ke baru nak blah?
Quote KamikuP 14-5-2025 10:07 AM
meolss rasa ni citer hasanah - kataku berfikiran negatif
Quote Prickford 14-5-2025 10:22 AM
Patut cakap kat laki kau kak. Cakap kat kami, bukan kami boleh gi bantai laki akak tu. Akak sound setepek, pastu blah dari marriage tu.
Quote seri_mawr 14-5-2025 10:40 AM
suka benor la ckp kat med sos... ckp terus terang depan2 la....

apa benda laaa......jenis org skrg...

pastu ckp nak order shopee pastu acah2 bg silent treatment..thn.laki pujuk ajak gi jalan2 KL..- tang ni aku rasa tak percaya sudah...berkhayalan ke pun...
Quote nono86 16-5-2025 10:51 AM
Weh, aku caye cita ni.. kalu laki buat gitu, aku akan buat sebijik macam sis ni... Tapi kalu nampak ada gaya2 nak curang tu, aku dah tendang halau awal dulu dah, tak biar melarat berkali2.. tu kalau aku ada laki la, aku bujang lagi, takmo kawen serabut la layan perangai orang macam ni la ha..
tapi tu la kan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
Quote akw 20-5-2025 03:12 PM
sampah
Quote akw 20-5-2025 03:12 PM
selaga bagai nak up

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.087955 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top