CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih bertenaga, suka manjakan pasangan... Ini 4 sebab mengapa wanita pilih ‘pucuk muda’

14-5-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 301| Komen: 2|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-13 133705.png


PERKAHWINAN aktres terkenal Indonesia, Luna Maya dengan Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda daripadanya pada 7 Mei lalu, ternyata mengundang perhatian ramai.

Selain kagum dengan kejelitaan dan ketampanan pasangan sama santik sama padan itu, ia sekali lagi membuka perbincangan mengenai hubungan dengan perbezaan usia yang ketara, khususnya apabila wanita lebih berusia daripada pasangannya.

1. Lelaki muda selalunya lebih bertenaga daripada segi fizikal

Satu perkara yang perlu anda tahu apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda ialah mereka biasanya mempunyai tenaga lebih tinggi, terutamanya secara fizikal.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa lelaki cenderung untuk menua lebih cepat berbanding wanita. Jadi, jika anda seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an yang masih cergas dan aktif, anda mungkin dapati lelaki sebaya atau lebih tua sukar untuk 'mengejar' tenaga anda.

Lelaki yang lebih muda sekitar lima tahun mungkin lebih bertenaga dan mampu 'bersaing' dengan anda di bilik tidur, malah lebih bersemangat untuk berjoging pada bila-bila masa.

2. Lelaki muda biasanya kurang komitmen

Lelaki yang lebih tua selalunya sibuk dengan komitmen seperti anak-anak (duda) atau kerjaya yang menekan. Sebaliknya, lelaki muda biasanya belum terikat dengan tanggungjawab besar seperti itu.

Dia juga mungkin lebih fleksibel untuk janji temu spontan atau percutian hujung minggu kerana tidak terlalu terikat dengan komitmen penting.

3. Lelaki muda kurang bersikap sinis

Lelaki muda biasanya belum terlalu banyak pengalaman dalam hubungan, jadi mereka lebih terbuka dan optimistik tentang cinta.

Berbanding lelaki yang lebih berusia yang mungkin lebih berhati-hati atau dingin kerana pengalaman lalu, lelaki muda selalunya lebih bersemangat dan jujur dalam menunjukkan perasaan.

4. Lelaki muda sering mengagumi pasangan mereka

Walaupun hubungan dengan wanita lebih berusia kadangkala dipandang sinis oleh orang luar, lelaki muda selalunya berasa bangga.

Mereka mungkin lebih rajin memanjakan anda sama ada dengan hadiah, perhatian istimewa atau pujian.

Namun, jangan kekal dalam hubungan semata-mata kerana layanan manis jika tiada perasaan sebenar.

Buatlah pertimbangan sekiranya anda dan pasangan tidak menunjukkan persamaan untuk matlamat jangka panjang dalam perhubungan.

Sumber : Mstar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote priestgnats 14-5-2025 10:29 AM
Adalah penting untuk menyedari bahawa kematangan emosi dan keserasian jangka panjang tidak bergantung semata-mata pada umur. Walaupun belia boleh membawa semangat, kualiti yang lebih mendalam dalam perhubungan — seperti saling menghormati, nilai bersama dan komunikasi — yang benar-benar mengekalkan perhubungan dari semasa ke semasa. wacky flip

Quote priestgnats 14-5-2025 10:30 AM
Edited by priestgnats at 14-5-2025 10:32 AM

setiap perhubungan adalah unik, dan yang paling penting ialah hubungan dan persefahaman yang tulen antara dua orang — bukan nombor pada sijil kelahiran mereka.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top