CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika, China setuju potong tarif, tarif AS turun kepada 30 peratus dan tarif China susut menjadi 10 peratus

14-5-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 935| Komen: 4|Original author: Raline

TARIFFFF.jpg

BESSENT (kiri) dan Wakil Perdagangan AS, Jamison Geer bercakap kepada wartawan di Geneva semalam. – AFP  



GENEVA – Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini mengumumkan perjanjian mengurangkan tarif timbal balik secara drastik selama 90 hari, meredakan perang perdagangan yang menggegarkan pasaran kewangan dan menimbulkan kebimbangan berlakunya kemelesetan ekonomi global.

Selepas perbincangan pertama Washington-Beijing sejak Presiden Donald Trump melancarkan perang perdagangannya, dua ekonomi terbesar dunia itu bersetuju menurunkan tarif tiga angka masing-masing kepada dua angka dan meneruskan rundingan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent menyifatkan perbincangan hujung minggu bersama Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng serta wakil perdagangan antarabangsa, Li Chenggang sebagai ‘produktif’ serta ‘kukuh’.

“Kedua-dua belah pihak menunjukkan rasa hormat yang tinggi,” kata Bessent kepada pemberita di Geneva.

Trump mengenakan cukai 145 peratus ke atas import dari China bulan lepas, jauh lebih tinggi berbanding tarif 10 peratus untuk negara lain dalam perang tarif global yang dilancarkan Washington pada bulan lepas.

Beijing membalas dengan mengumumkan tarif 125 peratus ke atas barangan AS.

Bessent berkata, kedua-dua pihak bersetuju mengurangkan tarif timbal balik masing-masing sebanyak 115 mata peratusan, menjadikan tarif AS turun kepada 30 peratus dan tarif China susut menjadi 10 peratus.

AS dan China juga  bersetuju ‘mewujudkan mekanisme untuk meneruskan perbincangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan’ dua hala.

China memuji ‘kemajuan besar’ yang dicapai dalam rundingan tersebut.

“Langkah ini adalah demi kepentingan kedua-dua negara dan kepentingan bersama dunia,” kata Kementerian Perdagangan China, sambil menambah, Beijing berharap Washington akan terus bekerjasama ‘untuk membetulkan amalan salah kenaikan tarif unilateral’.

Mata wang dolar AS yang menjunam selepas Trump melancarkan serangan tarifnya pada April lalu, melonjak naik selepas berita itu diumumkan hari ini, manakala niaga hadapan saham AS turut mencatat kenaikan tinggi. Selain itu pasaran saham Eropah dan Asia juga melonjak naik. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 13-5-2025 09:05 AM
isyh isyh isyhh mcm budak2
Quote L.U.S.M 14-5-2025 06:11 PM
Kitty_catz: isyh isyh isyhh mcm budak2


Atok2 andropos mmg perangai cm budak2
Quote zuriey 15-5-2025 07:40 AM
Khimak punya us.
Acah2 paling power.
Quote Dwdrum 15-5-2025 08:10 AM
Edited by Dwdrum at 14-5-2025 04:15 PM

China kalah lobby nuclear... AI and weapon/ millitary supplies di gulf states dengan US...
Apabila russia backstabbing OPEC+ dengan saudi....big loss war trade value dengan lebih jauh low dengan investment masuk Yuhuuuuuu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052172 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top