CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Pendarahan dalaman, rahim saya ada banyak darah beku’ - Siti Nurhaliza

14-5-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3529| Komen: 39|Original author: tatod

1000033968.jpg



TERBAWA-BAWA emosi sempena sambutan Hari Ibu, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman berdepan komplikasi pendarahan dalaman selepas melahirkan anak pertama, Siti Aafiyah sekitar tujuh tahun lalu.


Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, paling sukar dilupakan apabila darah beku yang berada di dinding rahim memberi impak terhadap kesihatannya, selain tidak membolehkannya aktif atau bersenam.


“Semua tahu saya mulakan senaman selepas bersalin agak lambat sebab saya kena baik pulih dalaman saya dulu.


“Saya ada pendarahan dalaman yang teruk selepas bersalin. Dalam rahim saya ada banyak darah beku yang perlu dikeluarkan.


“Doktor pun tak bagi saya usik, bengkong pun tak boleh pakai, memang masalah. Saya betul-betul bersenam selepas habis pantang. Baru berani,” katanya dalam siaran langsung di Tik Tok.





“Alhamdulilahh, Allah permudahkan saya. Orang cakap saya punya pain tolerance saya sangat tinggi sebab tak rasa sakit.


Mungkin ini agak sensitif tapi Hari Ibu ini saya nak cerita juga pengalaman ini. Wanita yang berdepan masalah ini biasanya sakit waktu nak bagi baby susu.


“Akan sakit pada bahagian dada atau ari-ari tapi saya langsung tak rasa (sakit). Allah permudahkan saya,” ujarnya.




Ramai netizen menzahirkan perasaan terharu mengikuti perkongsian tersebut sekali gus menyifatkan pengorbanan seorang ibu sangat besar.


Terdahulu, selepas 11 tahun menunggu, Siti melahirkan cahaya mata sulung pada 19 Mac 2018, malah perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa diserikan anak kedua, Muhammad Afwa pada 19 April 2021. – HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-5-2025 05:37 PM
Selamat Hari Ibu.


Quote KBW2 13-5-2025 06:00 PM
Erkkkkkkkkkkkkkkk
Quote pasubungaa 13-5-2025 06:04 PM
Selamat hari ibu
Quote TeropongThaico 13-5-2025 07:30 PM
Rezeki le tu takde rasa sakit
Aiol bertahun2 rasa nak terburai rahim tp syukurnya masa mengandung & bersalin je free happy happy. Habis pantang mula balik sampai skrg
Quote Minami2013 13-5-2025 07:36 PM
Nasib la tokti ambil risiko ngandung kan afwa walaupun first experience beranak tu ada masalah. Comel betul tgk afwa walau ada gaya budak2 nakal   
Quote lazim 13-5-2025 08:37 PM
Piyah ni saje sabotaj keexcitedan  citizones kn. Adiknya blh je putih melepak, piyah blh plk xtally dgn lagu comel pipi merah
Quote pocongkiutss 13-5-2025 08:49 PM
lazim replied at 13-5-2025 08:37 PM
Piyah ni saje sabotaj keexcitedan  citizones kn. Adiknya blh je putih melepak, piyah blh plk xtally  ...

Piyah dlm perut lg dh kena pressure dgn acik citijonah
Quote ezacbee 13-5-2025 08:54 PM
Piyah je kurang cerah.

Xpe nanti dah besor jadi putih melati.. Ali baba..
Quote ashilalat 13-5-2025 09:08 PM
lazim replied at 13-5-2025 08:37 PM
Piyah ni saje sabotaj keexcitedan  citizones kn. Adiknya blh je putih melepak, piyah blh plk xtally  ...

Siti masa kecik pon itam. Gamba tadika dia pakai skirt tali rafia tu.
Quote lazim 13-5-2025 09:14 PM
ashilalat replied at 13-5-2025 09:08 PM
Siti masa kecik pon itam. Gamba tadika dia pakai skirt tali rafia tu.

Iols rasa siti realiti putih. Gambar zmn dlu mmg xmpk putih sgt. Kelabu2 asap????
Quote irvene 13-5-2025 09:47 PM
Edited by irvene at 13-5-2025 10:27 PM

dia pernah tak kongsi apa masalah dalaman dia yg tak boleh pregnant normal? i is teringin nak tahu. ni soalan yg serius nak tahu puncanya apa.
Quote Cikgu_Azie87 13-5-2025 10:07 PM
tringt nurse crita yg siti mmg kritikal masa bsalin piyah ni
Quote Carcosa 13-5-2025 10:09 PM
Berkerak nye Piyah dlm gambar atas tu
Quote DeLuna85 13-5-2025 10:10 PM
Piyah comel. Nampak bijak juga.
Quote hmmlantakko 13-5-2025 11:47 PM
dah xde kea acik porum cerca keorenan piyahh??  piyah piyahh gmbr first tu baka abg dia yg gemuk kawen dgn tya tu sgt. apenama lupe dah
Quote noor2 14-5-2025 07:04 AM
Orang melayu mmg taksub dgn warna kulit....mat saleh ada x mcm ni...cth bila anak kawan lahir mula sebut pasal warna kulit dan banding2kan..org cina? India? Korea? Mcm ni tak?..
Quote sleepandream 14-5-2025 07:37 AM
tak boleh lupa lagi dengan lagu pipi merah tu yach... lagi memorable dari lagu AJL sekarang khenn...

tokti rilek je bagi nama afiyah... maksud simple je selamat... nama budak2 sekarang feeling betul.. mengalahkan nama saintifik tumbuh tumbuhan
Quote prince_marhaen 14-5-2025 09:32 AM
Tengah2 nazak komplikasi after birth, anak tirinya si gundu kepam sibuk upload gambar baby piyah... sampai skrg meols tak lupa ye... hahahaha.. si bini indon dia siap buat vlog youtube lagi...
Quote acikonion 14-5-2025 11:01 AM
Mencabar sungguh nk perjalanan nk dpt baby. Kwn aku sorg pasrah xde anak. Dia x sanggup nk hadap ivf

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042863 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top