CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Suhaimi Tak Tolak Jodoh Tapi Buat Masa Ini Masih Belum Perlukan Lelaki

14-5-2025 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 529| Komen: 12|Original author: tatod

1000033964.jpg



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi, 33, mengakui dia belum terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidupnya.


Penyanyi lagu Pujaan Hati ini buat masa ini selesa menjadi ibu tunggal dan hanya mahu memberi tumpuan membesarkan empat anaknya.


“Fokus saya, selain besarkan anak-anak, adalah untuk menjaga kesihatan saya. Buat masa ini saya tak mahu fikir soal berteman sebab anak-anak masih kecil dan perlukan lebih perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka,” katanya.


Adira berkata demikian selepas mempromosikan konsert Meletop TVS di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.


Adira sebelum ini bergelar isteri Datuk Adnan Abu (Datuk Red) sejak tahun 2015. Bekas pasangan suami isteri itu bagaimanapun bercerai pada April tahun lepas.



Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayoub.




Kata Adira, dia selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal dan tidak pernah berasa sunyi selepas bercerai.


“Hidup saya dilengkap dengan kasih saya dan perhatian anak-anak, keluarga dan rakan-rakan. Sistem sokongan saya besar.


“Tambahan pula sekarang ini saya tinggal bersama adik beradik saya. Perhatian yang saya terima sekarang ini sudah mencukupi, Alhamdulillah.


“Tapi saya tak boleh tolak jodoh kalau sudah ditentukan Allah. Cuma buat masa sekarang saya belum perlukan lelaki dalam hidup saya,” kongsinya. – UTUSAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 2012264526 13-5-2025 02:16 PM
fokus kat anak je adira
Quote anakpakmaun 13-5-2025 02:39 PM
banding dgn kemek, adira lagi layak dapt award ikon ibu tunggal muda sabahan. 4 anak kecik2..berniaga mcm2 utk cari income. si kemek anak2 dia tinggal jer janji dapat geletis dgn sadiq segaraga
Quote likilu 13-5-2025 02:50 PM
Otak kuning I berkata dia boleh manage dengan toys betul tak acik forum?
Quote toynme 13-5-2025 02:51 PM
anakpakmaun replied at 13-5-2025 02:39 PM
banding dgn kemek, adira lagi layak dapt award ikon ibu tunggal muda sabahan. 4 anak kecik2..berniag ...

siapa la hantar calon tu ek
otak pun ntah pape la
Quote TabletSusu 13-5-2025 03:15 PM
anakpakmaun replied at 13-5-2025 06:39 AM
banding dgn kemek, adira lagi layak dapt award ikon ibu tunggal muda sabahan. 4 anak kecik2..berniag ...

aku sampai sekarang tetap salute dgn didie alias.. besarkan anak sorg2 lps kena cerai. macam2 kerja dia buat
Quote weezerfan 13-5-2025 03:16 PM
Buaknaritu tkinja2 nak kawen bali ngan duda scammer dia ke?
Quote mewo 13-5-2025 03:37 PM
Dah atok red tu ngekor ko terus, ko pun layan baik punyaaaa... mcmana nak jumpa lelaki berkualiti. Dah scammer itu jg ko nak kan.

Ada dlm tt dok nak viral scammer atok red ni, transfer duit pun kat acc adira.

Kesian dgn mangsa2,dorg pula yg kena bahan dok la husnozon dgn jantan penipu ni. Aku harap engkorang yg dlm tt tu yg berabis sokong scammer ni kena tipu duit ahhh masa tu engko husnozon la doa yg baik2.
Quote SherryZass 13-5-2025 05:27 PM
weezerfan replied at 13-5-2025 08:16 AM
Buaknaritu tkinja2 nak kawen bali ngan duda scammer dia ke?

Yihh sangat kalau dia kembali ke pangkuan ex laki scammer dia tu. Baiklah kau tenang-tenang jaga anak kau. Nanti kalau nikah balik, confirm kau yang kena tanggung heolls tu.
Quote IzzahF 13-5-2025 11:29 PM
dah nk jumpa laki lain mcm mana kalo scammer tu melekat je dgn ko. tah sebenarnya mmg dah kawen balik senyap2 bukan org tau pun. dlu pun nikah telen..skrg takkan dia tak pandai nk ke telen?
Quote doubleA 14-5-2025 12:46 AM
Adira ni obses nampak redscammer tu je as laki dia. Mananya nak buka hati kt org lain kalau kt mata dan hati dia tetap pada scammer
Quote awenda507 14-5-2025 05:28 PM
Abes tu asik berkepit dgn duda scammer tu dh kenape? acah2 berdikari tp hadap jugak mantan tu
Quote Cikicikiboom 15-5-2025 11:34 AM
I baru terbaca pasal bilik merah ex tunang dia. Bila lah nak expose psl tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.038199 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top