CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Yang mengata Feminin, cermin diri dulu elok ke tidak’

14-5-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3187| Komen: 40|Original author: tatod

1000033958.jpg



PETALING JAYA – Niat sekadar mengubat rindu peminat setia, namun kemunculan semula kumpulan wanita ikonik, Feminin, dalam Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini dicemari tohmahan biadab segelintir netizen yang menghina perubahan fizikal mereka.


Antara paling teruk menjadi sasaran ialah vokalis utama, As, apabila penampilan terkininya dipersendakan netizen yang dikatakan jauh berbeza ketika zaman kemuncak Feminin sekitar era 1990-an.


“Feminin ke cinta kolesterol ni?” tulis seorang netizen dengan nada sinis.


Tindakan menjijikkan itu bukan sahaja mengguris perasaan peminat, malah mengundang kemarahan pencinta muzik tanah air yang membesar bersama lagu Untukmu, Kembali dan Rindu.



1000033959.jpg


“Anda ingat kelakar hina fizikal perempuan? Badan wanita memang akan berubah, mahu atau tidak. Satu hari nanti, kau juga akan rasa benda yang sama.


“Bagi kami generasi milenial, cukup bahagia dapat tengok Feminin naik pentas semula walaupun tak lengkap barisan.


Itu pun dah lebih daripada cukup. Kau dengan body shaming kau itu, boleh pergi meninggal,” komen seorang peminat lantang.


Nada serupa turut dikongsi pemuja setia yang mengikuti Feminin sejak awal penubuhan mereka.


“Berhenti hina Kak As aku eh! Aku marah ni. Feminin kesayangan aku sejak 1993 lagi. Kau yang mengata tu, cermin diri sendiri dulu, elok ke tidak? Biadab betul!” tegasnya.


1000033960.jpg


Ada juga peminat menyelar tindakan tidak bertanggungjawab golongan tertentu yang sanggup menjatuhkan semangat artis legenda demi populariti murahan.


“Konon bijak sangat kutuk fizikal Feminin masa persembahan GenKRU malam tu. Sungguh menyedihkan. Betapa sempitnya fikiran bila sanggup hina kumpulan lagenda hanya untuk kutip tanda suka,” katanya kecewa.


Feminin tampil dengan formasi tiga ahli iaitu As, Nora dan Watie berjaya memukau ribuan penonton menerusi persembahan bertenaga lagu Untukmu.


Walau dicemuh segelintir pihak, kehadiran mereka pada malam tersebut tetap disambut meriah peminat hingga mencetus desakan agar mana-mana penganjur tampil menganjurkan konsert khas sebagai penghargaan terhadap legasi mereka.


Selain Feminin, malam terakhir Konsert GenKRU turut menampilkan kemunculan istimewa Datuk AC Mizal mewakili 4U2C, kumpulan Elite, penyanyi Adam AF dan pelawak Abon. – KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-5-2025 02:40 PM
Tengok2 tahun depan As kurus melidi, awas korang.
Quote lightheaded67 13-5-2025 03:36 PM
ala takpela
anggap je org ade high expectation kat kita
u can do it
ah tiber
Quote supernaturalee 13-5-2025 04:05 PM
jejaga yg perasan kurus sokmo tu
u never know what's gonna happen in the future

Quote bebulu 13-5-2025 04:09 PM
Suka pada Feminin masa  kecik2 dulu hingga cita2 pun nak jadi penyanyi
Quote seri_mawr 13-5-2025 04:47 PM
xde kat you tube ke feminine nyanyi itu hari..? short video ke..?
Quote sukacactus 13-5-2025 05:03 PM
Kita takde la terkejut tgk as gitu skrg, sebab pernah terkejut dah masa dia muncul kat sehati berdansa dl ni
Quote TabletSusu 13-5-2025 05:12 PM
aku x heran body depa. nama pun mak2.. umo pun dah 50an. cuma aku salute level confident depa tinggi..
Quote cmf_jeangrey 13-5-2025 05:31 PM
Fasa menopos mmg gitu..semua pun akan lalui
Duduk pulak kt Msia meriah dgn makanan sedap2
Nanti ada la founder sponsor kuruskan badan for free
Kdg rezeki ni dtg pelbagai cara
Quote lightheaded67 13-5-2025 07:28 PM
ingt ye acik acik
never surplus
only deficit atau maintenance
aku ckp je ni tau
aku sama je
execution nan hado  
hehe
Quote jihyomelly 13-5-2025 08:15 PM
korang bising2 kang dia pi potong perut senyap2 thn depan wallaaaa kurus sekeping…
Quote noor2 13-5-2025 08:20 PM
Dah berumur biasalah badan naik...pedulikanla org kata
Quote KirazMevsimi 14-5-2025 07:33 AM
ringannn jer mulut dan tangan ye. biaseee
Quote Kekunci_Hitam 14-5-2025 08:02 AM
tak baik la korang.. biasa la faktor umur.. nanti korang umur 40 an perot gelebeh jugak
Quote makita 14-5-2025 08:08 AM
Edited by makita at 14-5-2025 08:10 AM
dua_chzy replied at 13-5-2025 02:40 PM
Tengok2 tahun depan As kurus melidi, awas korang.


Tak akan punya. Sbb As lama dah membesar. Menten je body dia. Tp bg meols okay je body dia, xkan lah semua kene sama je mcm 30 tahun lepas...kan. Kalau sama, xde la nostalgia.
Quote nisako 14-5-2025 08:23 AM
sabo je la
Quote dua_chzy 14-5-2025 08:24 AM
makita replied at 14-5-2025 12:08 AM
Tak akan punya. Sbb As lama dah membesar. Menten je body dia. Tp bg meols okay je body dia, xkan l ...

Sebab kena hina. Boleh jadik motivasi pembakar semangat.
Quote Kancilkering 14-5-2025 08:27 AM
dh menepos still terkejar dunia….
takat gemuk tu tapi laki sayang duit hado
rumah hado apa lagi nak….eh tibeh
yg muda tu sibuk. body shaming org tua apa hal…no life ke? sunyi hidup ke
Quote September14 14-5-2025 08:30 AM
Masalahnya yg kutuk tu buruk gemok kepams… org lawa jrg la nk mngutuk org lain
Quote cm_vungtau 14-5-2025 08:38 AM
Dia macam depressed. Azman Adnan pun ada masalah kaki kan? Katanya anak pun autistic. Kalau depresi memang gemuk dik non

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top