CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Iqbal Zulkefli tak suka gaduh, sedia jumpa bekas adik ipar selesaikan kes saman secara baik

14-5-2025 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 182| Komen: 0|Original author: tatod

1000034193.jpg



USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli memberitahu dia bersedia untuk berjumpa dengan bekas adik iparnya iaitu Anes Ayunie bagi menyelesaikan kes saman antara mereka.


Menurut Iqbal, 31, berkata, tidak mahu memanjangkan lagi isu ini malah berharap segala kemelut antara mereka dapat diselesaikan cara baik.


“Kalau dengan cara memudahkan saya memang okay untuk berjumpa dan selesai luar mahkamah tapi kalau merumitkan mungkin tak perlu kot.


“Bagi saya kalau kemelut ini boleh selesai dengan baik kenapa tidak kan sebab dia (Ayunie) tahu saya orang macam mana bukannya suka bergaduh sana-sini, lagipun saya sudah tua.


“Untuk bersihkan nama tak boleh berlandaskan atas kertas, banyak cara lain yang boleh diselesaikan selain habiskan duit atau menang saman tu,” katanya kepada mStar.



Untuk rekod, Anes Ayunie membuat tuntutan saman terhadap Iqbal mendakwa bekas abang iparnya itu memfitnah sehingga mencemarkan maruah diri serta perniagaannya. - mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.286300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top