CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecil hati bakat kurang dapat perhatian, Indonesia lebih hargai Atilia Haron

14-5-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 507| Komen: 5|Original author: tatod

1000034082.jpg



MERASAKAN dirinya seperti tidak dihargai, penyanyi Atilia Haron mendedahkan pernah berkecil hati dengan industri muzik tanah air.


Kata Atilia atau Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, disebabkan faktor itu juga dia lebih banyak menghasilkan karya kolaborasi bersama artis Indonesia.


"Saya rasa di sana (Indonesia) lebih menghargai bakat saya. Selain jayakan festival muzik, lagu saya pun masuk carta radio Indonesia. Saya juga berkolaborasi bersama penyanyi di sana.


"Sewaktu melancarkan album ketiga, saya terasa hati sebab genre jazz tidak dimainkan di radio Malaysia.




"Dulu saya memang rasa bakat lebih dihargai di Indonesia, tetapi sekarang sedar rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita rajin berusaha," katanya kepada mStar.


Atilia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Gelombang Bahagiaku yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.


Susulan sambutan baik dalam kalangan pendengar di negara jiran, Atilia juga memberitahu dia pernah menerima tawaran untuk berhijrah Jakarta demi mengembangkan kerjaya.


Dia bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana enggan meninggalkan perniagaan studio senaman yang telah diusahakan sejak 10 tahun lalu.


"Memang ada tawaran untuk tinggal di Indonesia dan menyanyi di sana, tetapi saya terlalu sayangkan Malaysia.




"Saya tidak mahu meninggalkan studio yoga yang diusahakan. Saya ada bisnes di sini walaupun tidaklah begitu banyak memberikan keuntungan," ujarnya.


Untuk info, Atilia pernah merakamkan lagu berjudul Harus Bagaimana bersama Maliq and D’Essentials selain Silly Little Thing (bersama kumpulan Sore).


Lagu-lagu tersebut turut dimuatkan dalam album pertama terbitannya sendiri bertajuk Atilia Indah.


Dalam perkembangan lain, buat pertama kali Atilia bersama ibunya iaitu penyanyi Salamiah Hassan bakal mengadakan konsert Gelombang Bahagiaku pada 16 Ogos ini di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Bukan sekadar sebuah projek seni bagi Atilia ia juga merupakan penghormatan jiwa terhadap insan paling dikasihi.  - mStar







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-5-2025 10:02 PM
Suara sheols sesuai untuk VO.


Quote DeLuna85 13-5-2025 10:11 PM
Tapi berlakon best. Suara comel bila bercakap.
Quote nisako 14-5-2025 08:22 AM
x pernah dengar lagu dia pun
Quote KamikuP 14-5-2025 04:35 PM
Lagu lama she bertajuk 'Pelangi' sedap yaach
Quote Prickford 14-5-2025 05:19 PM
Lepas kes yoga yg acah2 hindu tu kan orang nyampah dgn dia. Lupa dah hal tu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033285 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top