CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Dally tunai haji tahun ini

14-5-2025 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 924| Komen: 6|Original author: tatod

1000034196.jpg



Kuala Lumpur: Pelakon, Bella Dally berkongsi berita gembira apabila bakal berangkat ke Makkah bersama suaminya bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.


Bella yang menganjurkan kenduri doa selamat hari ini berkata, dia bersyukur dan terharu atas doa serta sokongan yang diterima daripada keluarga serta kenalan rapat.


"Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.


"Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan.




"Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini.


"Masa dan usaha anda amat bermakna buat kami," katanya dalam perkongsian di Instagram Story.


Menurut Bella, dia juga ingin memohon maaf kepada semua atas sebarang kekhilafan yang mungkin pernah dilakukan secara sedar atau tidak.




"Ketika kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi, kami dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan oleh saya atau suami, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami," katanya. - HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 13-5-2025 08:59 PM
Semoga mendapat haji mabrur serta selamat pergi dan balik ke tanahair.
Quote sharlenetexas 13-5-2025 09:57 PM
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan.


Quote Manusiabesa 14-5-2025 01:24 AM
Hat ni kawen dh lama masih childless boleh pk matang chills sedangkan kiri kanan dia dh beranak pinak . Xdenye nk rengse siang malam dok cita bab embrio xmenjadi. Klu ijad dgn achey tu bingit mcm dunia ni musnah asbab embrio depa x bekembang je pun.
Cuba la tiru bella ni prngai x annoying. Klu ye pn nk ttc buat dlm diam sbb pk la public bosan dh tjuk tu
Quote awenda507 14-5-2025 05:31 PM
alhamdulillah. moga dipermudahkn urusan ibadah dan selamat pergi dan balik
Quote scorpene 14-5-2025 07:52 PM
semoga beroleh haji mabrur dan dianugerahkan zuriat In Sya Allah....
Quote Nozot 14-5-2025 10:15 PM
Alhamdulillah, Bestnya Muda2 dapat tunaikan haji. Semoga mendapat haji mabrur

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.041915 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top