CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pura-pura baik depan kamera, netizen dakwa Baim Wong abaikan anak

13-5-2025 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 205| Komen: 0

 


NAMA pelakon Baim Wong sekali lagi menjadi bualan netizen apabila didakwa mengabaikan anak-anaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier di Bali.

Menerusi video yang tular di TikTok, Baim dilihat keluar dari sebuah kereta lalu meninggalkan anak-anaknya di dalam kenderaan tersebut tanpa pengawasan.

Salah seorang pekerjanya kemudian dilihat membantu dua kanak-kanak itu keluar sebelum mereka menuju masuk ke lokasi majlis. 

Sementara Baim pula dilihat sibuk memeriksa enjin kereta bersama pekerja yang lain tanpa mengendahkan anak-anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut di media sosial rata-rata berpendapat Baim hanya berlagak baik ketika di depan kamera.

 


Malah ada juga yang menganggap pelakon itu bersikap acuh tak acuh terhadap anak-anaknya.

"Tengok dia buat tak tahu dekat anak-anak, bila depan kamera bukan main baik lagi.

"Dia memang kurang perhatian terhadap anak-anak dia, kalau depan kamera tentu jadi ayah penyayang," komen netizen.

Pada 16 April lalu, Paula dan Baim sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hak penjagaan bagi kedua-dua anak lelaki mereka diberi sama rata iaitu bergilir-gilir setiap dua minggu.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045108 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top