CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya ada jawapan... ICAO putuskan Rusia bertanggungjawab tembak jatuh pesawat MH17

13-5-2025 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1281| Komen: 9

 



INSIDEN tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 terus menghantui waris-waris mangsa yang mahu mengetahui jawapan sebenar mengenai tragedi itu.

Namun pada Isnin, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden yang berlaku di ruang udara Ukraine itu.

Kerajaan Belanda menerusi satu kenyataan berkata, ICAO juga akan mempertimbangkan pampasan yang sewajarnya diberikan dalam masa terdekat.

Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp pula berkata keputusan itu memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang antarabangsa.

"Keputusan ini memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa yang sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan," katanya.

Untuk rekod, penerbangan MH17 ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.


Pesawat itu  ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan dilanda ketegangan di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 13-5-2025 02:29 PM
bkan PMX pegi russian ke.. jemputan Putin
?
diskus la ye
Quote arnauld 13-5-2025 02:34 PM
Nato yg tembak same purpose to trigger this ukraine war
Quote bpbbppbp 13-5-2025 04:24 PM
Igtkan ukraine yg salah tembak
Quote Firenzza 13-5-2025 05:05 PM
Hantar claim form kt Putin la
Quote grouper 13-5-2025 05:15 PM
Boleh caya ke depa ni...situasi kat tempat tu sgt kompleks sape yg sebenarnya bagi arahan tembak tu..nak tau tgk sape yg paling byk dpt manfaat lepas kejadian tu
Quote B40tastePosh 13-5-2025 06:50 PM
Ura Ura Ura

Kata para penganut
Quote alesandra 13-5-2025 08:08 PM
Timing tu mcm suspicious.announce hari yg sama pm msia pegi russia  utk lawatan rasmi.
Quote hyie 13-5-2025 09:43 PM
bak kata netizen bbnu, ytjt
Quote Radzor 13-5-2025 10:58 PM
timing ngam betui. dah lah nnt pemuda bani tamim nusantara nak join kristian ortodoks lawan gabungan nasrani + jews. icao bawah pbb new world order. dorg ni pandai baling batu sembunyi tangan. mcm arab spring, isis, 911

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042096 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top