PETALING JAYA – Anak gajah jantan yang dilaporkan mati dilihat sempat bermain dengan ibunya sebelum dilanggar lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam. Menerusi video tular dimuat naik @_zaquan_, kelihatan dia sempat merakam anak gajah tersebut ketika melalui jalan itu pada tengah malam. Ketika itu kenderaannya dan sebuah lagi kereta di hadapan berhenti untuk memberi laluan kepada ibu dan anak gajah tersebut yang melintas. Selepas memberi laluan, barulah pengguna tersebut melepasi dua ekor gajah tersebut sambil merakam haiwan mamalia itu sempat bermain di celah-celah daun dan pokok di tepi jalan. “Ni anak gajah yang kena langgar semalam, masa lalu dia main tepi jalan je dengan mak dia,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen. Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.3 juta tontonan, 72,800 tanda suka dan 10,200 perkongsian.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap anak gajah berkenaan serta mempercayai lori tersebut membawa laju. “Awal petang tu, dia sendirian. Saya pun lalui jalan tu. Rasa menyesal tak halau dia balik hutan. Kalau tak, mesti dia hidup lagi,” komen Zuwieta. “Kalau kereta boleh perlahan kenapa lori tak boleh? Sampai terperosok anak gajah tu bawah lori. Mesti bawa laju sangat,” komen Lim. “Dia (anak gajah) tak tahu itulah ‘moment’ terakhir dia dengan ibunya,” katanya. Terdahulu Kosmo! Online melaporkan sebuah video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ lori yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai. Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam dengan seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan berat tersebut. Sumber – KOSMO! ONLINE |
KamikuP: sEDIH meolls tengok berita dan video ni. Ironinya kejadian jatuh hari Ibu pulak tu.. ohh..
Firenzza replied at 13-5-2025 09:04 PM
Korang komplen drebar lori karang diorg suh bawak lori plk, terpaling x blh dikomen....blind spot la ...
KamikuP replied at 13-5-2025 09:11 AM
sEDIH meolls tengok berita dan video ni. Ironinya kejadian jatuh hari Ibu pulak tu.. ohh..
Nurul8001 replied at 13-5-2025 05:48 PM
Mcm mana demer tau itu anak gajah yg ITU?
Mcm bodoh pulak soalan ni.
Maksud saya, rupa gajah kan sam ...
gideoncross replied at 14-5-2025 04:34 AM
Dh ada desas desus mngtakn driver tu mmg lalok msa mlanggar baby gajah tu
Firenzza replied at 14-5-2025 12:04 PM
Ada komen ckp drebar tu gelak2 lps langgar baby elephant tu
renko replied at 14-5-2025 03:41 PM
poyo lak beriya masing2
sikit2 da la
gideoncross replied at 16-5-2025 03:50 PM
Netz klau mngomen, mcm nak mngmbil alih krja Tuhan
renko replied at 16-5-2025 06:50 PM
kes fru aritu pun ade yang amik kesempatan
buat prompters
bodoh2 tu sume xde otak gaknya
ADVERTISEMENT