CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 76 tahun dibelasah orang ramai terima tajaan umrah

13-5-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1718| Komen: 9

 


JAKARTA – Seorang warga emas berusia 76 tahun menerima banyak bantuan sumbangan termasuk tajaan menunaikan umrah selepas dibelasah orang ramai yang menyangka dia melakukan penculikan, lapor laman berita Detik kelmarin.

Wanita dikenali sebagai nenek Asyah dari Cianjur, wilayah Jawa Barat itu menjadi perhatian pengguna media sosial yang simpati dengan keadaannya.

Pekerja sosial, Fanfan Nugraha berkata, nenek Asyah mengalami kecederaan di seluruh anggota badannya akibat dipukul orang ramai.

“Dia banyak mendapat bantuan daripada banyak pihak. Ada yang sekadar datang menziarahi, malah ada yang menghulurkan sumbangan,” katanya.

Tambah Fanfan, nenek Asyah akan berangkat menunaikan ibadah umrah dalam waktu terdekat.

“Dia menangis terharu kerana menerima tajaan umrah. Terima kasih kepada para dermawan yang datang memberikan pelbagai jenis bantuan serta wang tunai.


“Semoga kejadian yang menimpa nenek Asyah menjadi pengajaran kepada masyarakat agar tidak mudah menjatuhkan hukuman sendiri tanpa mengetahui kebenaran sesuatu perkara,” katanya.

Pada minggu lalu, nenek Asyah dibelasah orang ramai selepas dituduh sebagai penculik.

Dua individu telah ditahan berhubung insiden itu. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 13-5-2025 09:25 AM
Beeita sampah dari Ciliwung
Quote Sesuatu… 13-5-2025 04:26 PM
Dek esar ka itu?
Quote TeropongThaico 13-5-2025 06:39 PM
Kiri kanan pun sedih bukan main...
Kot perempuan tu boleh faham la juga
Semoga nenek dipermudahkan sepanjang jalani umrah
Quote gideoncross 14-5-2025 04:50 AM
Gila aje pukul org tua smpai cdera
Quote Supersirap 14-5-2025 07:48 AM
Rezeki yang tidak disangka
Quote yebit157 14-5-2025 08:52 AM
kenapa la dipukul warga emas tu. kesian nenek.
Quote Decaffeinated 14-5-2025 10:25 PM
Lepas kena pukul upah pi umrah. Nampaknya ummah serumpun sepakat sependapat membawa berkat.
Quote ninja boy 14-5-2025 10:44 PM
Nak cukupkan tempat umrah le tu, travel agent mmg cari org sampai penuh
Quote IzzahF 15-5-2025 08:33 AM
konoha jawa kalo tak pelik sehari mmg tak boleh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.036184 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top