CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Gajah Kembali Ke Lokasi Kemalangan Cari Anak

13-5-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6476| Komen: 86|Original author: tatod

IBU-GAJAH-GAJAH-TULAR-VIRAL-1140x641.jpeg


PETALING JAYA – Ibu gajah dilihat kembali ke lokasi kejadian hari ini dipercayai masih mencari anaknya yang dilanggar mati sebuah lori Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam.

Menurut perkongsian oleh @Wafiyzulkhairi di TikTok memaparkan ibu gajah berkenaan kembali ke tempat anaknya dilanggar meskipun sudah dikembalikan ke dalam hutan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, ibu gajah itu dilepaskan Perhilitan sejauh 1 kilometer dari kawasan kemalangan anaknya itu.

“Sayu hati, naluri ibu tidak pernah padam, dia (ibu gajah)) masih menunggu walaupun anaknya tidak akan kembali, mungkin dia bertanya secara metafora keberadaan anaknya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa sedih selain mengharapkan sang ibu gajah berada di dalam keadaan yang baik sahaja.

“Kesiannya si ibu (gajah), merayau-rayau mencari anaknya, mesti dia kesedihan yang amat sangat, tentu dia tidak makan,” kata @Blackrose_24.

“Ya Allah, engkau hilangkanlah rasa kesakitan kehilangan dari hati ibu gajah ini,” komen @Mawarkasih.

Sementara itu, orang ramai turut kesal kerana ibu gajah berkenaan kemungkinan tidak sedar akan kematian anaknya kerana tidak berada di lokasi karkas anaknya ditanam.

“Seharusnya biar dia (ibu gajah) faham dia diperlihatkan masa anak dia kena tanam kerana naluri yang diberikan pasti ada kefahaman untuk setiap makhluk bergelar ibu,” kata @Jassujum.

“Mungkin sebab tak jumpa anaknya buat kali terakhir sebab itu dia rasa anak dia hidup lagi. Sedihnya,” balas @DilaRofaee.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar pihak kerajaan mencarikan pengganti anak gajah agar dapat mengurangkan kesedihan yang ditanggung ibu gajah berkenaan.

“Cuba bagi anak gajah yang yatim piatu untuk dia (ibu gajah) jaga, harap dapat hilangkan kesedihannya,” ujar @Wan_ee.

“Perhilitan tolong cari anak gajah lain untuk gantikan anak yang sudah tiada biar pulih emosi ibu gajah ini,” kata @Amyrudzi.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, rakaman video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ sebuah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada 2.30 pagi semalam, mengundang reaksi sebak orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam yang mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 12-5-2025 05:13 PM
Biasa kalau binatang kemurungan ni end up nti akn mati jugak..dia mcm xboleh hidup kalau xdak pasangan mcm mentarang tu.
Quote dua_chzy 12-5-2025 06:56 PM
Cari anak ke carik driver lori yang langgar anak dia? Jejejengggg

Katanya driver tu siap gelak2. Masak la kau kena doa jahat2 oleh netizens.
Quote sambaldurian 12-5-2025 08:31 PM
Aku pun tertanya knp ko x tunjuk je , bwk ibu gajah g kubur anak dia. Tunjuk bulldozer tu gali lubang , pastu kambus balik. Ni awal2 dh bwk g masuk hutan. Jauh sgt ke dr tempat kejadian karkas gajah tu ditanam.
Quote ninja boy 12-5-2025 08:36 PM
Kuburkan anak gajah x takut ka bulldozer kena golek
Quote fattymah 12-5-2025 09:46 PM
Bunting lama kan.. sedih lak.. cam manusia gak tiber anak ninggal..
Quote edayildiz 12-5-2025 09:51 PM
i tgk kt tt psl ni..i scroll je sbb xnk sedih..sekali mak i vc dia ckp psl gajah ni..mak i nngis cite
i dh la xblh kalau psl hewan ni.....skrg mmg i scroll je semua psl anjing,kucing,panda.
Quote edayildiz 12-5-2025 09:51 PM
semoga Allah kurangkan rasa sedih mak gajah tu..
Quote kemaruk 12-5-2025 10:10 PM
Sian jagah  
Quote dani-rox 12-5-2025 10:30 PM
Gajah nih kuat ingatan, pendendam summore. Kat India dulu ada kes pompuan mati dipijak gajah. kemudian masa pengebumian, gajah tu datang lg, pijak utk 2nd round mayat dia. Kata org kpg, pompuan tu pernah bersekongkol dgn illegal poacher culik anak gajah. Jadi kpd pakcik drebar lori tu hati2 je la time lalu kawasan nih ya.
Quote cm_vungtau 12-5-2025 11:05 PM
Baby
Quote MarryPottet 12-5-2025 11:59 PM
Macamana tuan punya video ni boleh cam bhw tu gajah yg sama ek? Ntah2 tu gajah lain atau gajah jantan yg muda ke?

Elok haramkan sebarang kenderaan dari lalu jalan ni start 7pm - 7am tiap hari
Kalau tak, kita akan terus dihidangkan dgn banyak lagi insiden menyedihkan mcm ni
Tengok gambar gajah yg takde kena mengena pun menitik air mata teringatkan ibu gajah malang tu. Then ada org share video awan bentuk anak gajah arini, pun nangis lagi

Pehilitan tolonglah hantar ibu gajah tu ke elephant sanctuary kat kuala gandah utk pantau & rawat emosinya, cukupkan keperluan permakanannya
Dan kat sana ada banyak baby gajah yg in Shaa Allah boleh bantu rawat kesedihannya
Quote hyie 13-5-2025 12:00 AM
fattymah replied at 12-5-2025 09:46 PM
Bunting lama kan.. sedih lak.. cam manusia gak tiber anak ninggal..

ya, biasanya 2 tahun bunting
Quote Momohizan 13-5-2025 12:15 AM
MarryPottet replied at 12-5-2025 11:59 PM
Macamana tuan punya video ni boleh cam bhw tu gajah yg sama ek? Ntah2 tu gajah lain atau gajah janta ...

Ibu gajah cuma perlu tau kat mana jasad anak dia. PERHILITAN terlebih tetiba nak tolong tanamkan anak gajah tu. Gajah memang akan grief kematian ahli keluarga. Berhari2 sampai tinggal tulang. Kalau macam malam ni, bulan penuh akan ada gajah pergi balik kat tempat akhir dia tinggalkan jasad keluarga dia.

Ibu gajah tu dh sangat2 penat kena 6 das ubat pelali. Kalau jantung tak kuat kiok. Kalau dipindahkan lagi stress. Kuarantin lagi, tempat baru lagi, rindu family lain kat Gerik. Just nope. Bawa gajah denak, tunjukkan dia kubur anak dia. Dia nak gali balik ke, nak guling ke, itu boleh buatkan dia tak pergi duduk tengah jalan.

Letak staff PERHILITAN kawal lalulintas kat tempat accident. Tapi knowing how PERHILITAN pemalas nak mampos, dia biarkan je.
Quote MarryPottet 13-5-2025 12:41 AM
Momohizan replied at 13-5-2025 12:15 AM
Ibu gajah cuma perlu tau kat mana jasad anak dia. PERHILITAN terlebih tetiba nak tolong tanamkan a ...

Antara kepakaran Perhilitan ialah pindahkan gajah2 liar. Yg kat elephant sanctuary tu ada byk gajah yg dipindahkan ke situ dari serata semenanjung & survived. Pindahkan terus sekawanan gajah ni ke sana
Kat video gajah malang ni, ramai yg komen kata mereka biasa lalu jalan tu & mmg rata2 kenderaan berat yg lalu situ bawak laju. Takde akal punya driver!
Ambik tindakan yg patut utk pastikan takkan ada lagi gajah2 yg terpaksa tanggung kesedihan yg panjang atas kematian ahli keluarga / ahli kawanan di jalanraya
Quote Cleocatra 13-5-2025 01:14 AM
MarryPottet replied at 12-5-2025 11:59 PM
Macamana tuan punya video ni boleh cam bhw tu gajah yg sama ek? Ntah2 tu gajah lain atau gajah janta ...

Aku setuju dengan cadangan kau ni. Aku pun asyik nangis je bila cerita pasal gajah ni. Sedih sayu sangat hati
Quote Cleocatra 13-5-2025 01:21 AM
Raja raja tak nak bersuara ke pasal ni. Tak ada ke di antara kamu ni sedih dengan berita sebegini. Jangan tahu dok meneroka tanah haram je, sampai habitat haiwan2 ni musnah. Kalau orang awam bising tak adanya Perhilitan nak buat sesuatu.

Moga Perhilitan ni buat sesuatu yang baik pada mak gajah ni. Gajah hidup berkumpulan. Tak boleh sorang2 gini. Tak kan nak biarkan dia mati dalam kesedihan
Quote nana1001 13-5-2025 01:30 AM
sedihnya hm, dia binatang pun tentu2 ada perasaan yek, tgk anak sendiri kena lanyak depan mata pula hm
Quote otai_g 13-5-2025 03:37 AM
sambaldurian replied at 12-5-2025 08:31 PM
Aku pun tertanya knp ko x tunjuk je , bwk ibu gajah g kubur anak dia. Tunjuk bulldozer tu gali luban ...

Ko gile? Dibuatnya dia mengamuk kat situ dgn manusia2 sekali kena kambus dlm tu.
Quote primarikey 13-5-2025 05:40 AM
sambaldurian replied at 12-5-2025 08:31 PM
Aku pun tertanya knp ko x tunjuk je , bwk ibu gajah g kubur anak dia. Tunjuk bulldozer tu gali luban ...

mgkn dorg takut mak gajah tu ngamuk kot
Takleh time kenyataan anknya kena tanam

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061482 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top