CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Relevankah lagi program realiti?

13-5-2025 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 764| Komen: 21|Original author: tatod

1000033255.jpg



POKLIP harus akui, program realiti sememangnya mempunyai peminat tersendiri. Jika tidak, masakan bersilih ganti program realiti yang merajai garis siaran stesen TV kita. Baik format baharu dan lama, masing-masing adakala ‘menjadi’.


Tetapi hakikatnya, adakah benar program realiti itu semua memberi impak kepada industri seni tanah air? Adakah kelahiran bakat baharu daripada program-program sebegitu mewarnai kanvas seni kita dengan indah?


1000033263.jpg



Poklip agak ragu-ragu. Bukan apa, memang ada beberapa peserta realiti yang boleh dikatakan berjaya di ‘medan perang’ seni tetapi rasanya, lebih ramai yang kecundang. Akhirnya memilih kerjaya lain.


Sebab itu, Poklip bertanya, masih relevankah program realiti di kala ini? Melihatkan sambutan ‘sederhana’ terhadap beberapa program sebelum ini, Poklip merasakan jangka hayat rancangan TV sebegitu tidak bertahan lama.


Lihat sahaja apa jadi dengan sebuah program realiti yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1juta ringgit. Hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Kalau hendak cakap pasal peserta, ramai yang bagus.


Tetapi apakah percaturan mereka selepas tamat program menjadi punca kegagalan mereka? Adakah sememangnya sukar untuk peserta rancangan realiti menempa nama walaupun sudah ada platform awal?


Usah bercakap tentang rancangan realiti berkonsepkan nyanyian. Ada sahaja program melibatkan bakat lain, stamina, lakonan dan pelbagai lagi, namun tetap ‘gagal’ dan tidak menjadi.


1000033264.png


Malah, mungkin ada yang tidak diketahui umum selain daripada peminat yang juga tidak dinafikan terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, kalau sebut nama program pun mungkin terpina.


Jika mahu mengatakan media sosial ‘membunuh’ secara perlahan program realiti juga tidak mustahil, namun Poklip juga boleh menafikannya. Kalau itu adalah sebab, mengapa program realiti yang mengangkat pempengaruh popular juga tidak berjaya?


Apa sebenarnya peminat mahu? Adakah format sedia ada terlalu membosankan? Sudah terbiasa dengan drama murahan, penyingkiran dan elemen sedia ada yang bagi Poklip sudah boleh diagak?


Malah program baharu yang kini sedang ditayangkan di sebuah stesen juga barangkali bakal menerima nasib sama dengan rancangan lain. Peserta biasa-biasa, tiada aura atau x-factor untuk tarik tontonan.


Mahu mengulangi kejayaan Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan Mentor sebagai contoh itu sangat sukar. Namun mengapa Indonesian Idol masih ‘mendunia’ walaupun sudah memasuki usia 13 tahun.


1000033265.png


Saban minggu ada sahaja kandungan yang tular, nyanyian luar biasa dan pesertanya punya aura yang menarik minat penonton. Maaf, ini bukan perbandingan tetapi pertanyaan, apa kunci kejayaan mereka?


Mungkin sudah tiba masanya produksi tempatan memikirkan cara terbaik untuk mengulangi kejayaan program realiti kita dahulu. Bukan lagi berharap kepada kehebatan nyanyian, lakonan tanpa melihat x-factor yang ada.


Atau mungkin, bukan bakat seperti itu yang didambakan. Mungkin rancangan realiti yang lebih ‘realiti’. Banyak sahaja program luar negara yang boleh menginspirasikan produksi tempatan. Tapi jangan ceduk bulat-bulat, malu.


Kita ada ramai bakat hebat tetapi tidak semua ada ‘magnet’ kejayaan itu. Iya, bergantung kepada rezeki.  Poklip berharap satu hari nanti, kita ada pendatang baharu yang mengulangi kejayaan artis hebat sedia ada. - UTUSAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 13-5-2025 10:00 AM
Zaman dah lama berlalu...org layan socmed x de masa nak dengar melangut depan TV
Quote Perawankota 13-5-2025 02:40 PM
Big stage tahun ni pon aku x layan…
Quote ninja boy 13-5-2025 03:27 PM
Banyak sgt intertaiment luar sana kalau layan semua mau x kerja
Quote yusryimran 13-5-2025 03:30 PM
tak perlu rasanya program mcm ni. enough is enough
Quote dekmieDandy 13-5-2025 03:57 PM
tak relevan, pengaruh tiktok lagi kuat

cuma bagus dia, boleh connect terus denagn orang dalam industri

tapi kalau dah sendu, mana maunye diorang nak ambil jugak kan
Quote supernaturalee 13-5-2025 04:07 PM
nak rancangan berilmiah
kuiz2 pengetahuan am
biar bergerak sikit kepala hotak org msia ni

Quote Senah8888 13-5-2025 04:18 PM
Program realiti hiburan dah melambak.. Lepas big stage ni ada la rising star, kilauan emas, pastu GV semula... berulang setiap tahun..

Yang supply program2 mcm ni adalah Business Owner yang sibuk nak sponsor.. Cuba tak ada sponsor.. takdenya program..

TAPI!! Senah cukup suka kalau program realiti yang mencabar IQ dan EQ.. Fizikal dan Mental..

Dulu kita ada Fear Factor.. Tu pun rancangan realiti.. Tu lagi best..
Roda Impian pun rancangan realiti.. menguji intelektual masyarakat majmuk.. Master Chef pun sekejap nooo ada kt Malaysia.. Indonesia tu bersiri-siri Master Chef depa...

Bila rancangan realiti penyanyi... Emmm boshannn..

Pengadun kandungan TV please la fikirkan lagi...
Quote Senah8888 13-5-2025 04:18 PM
Program realiti hiburan dah melambak.. Lepas big stage ni ada la rising star, kilauan emas, pastu GV semula... berulang setiap tahun..

Yang supply program2 mcm ni adalah Business Owner yang sibuk nak sponsor.. Cuba tak ada sponsor.. takdenya program..

TAPI!! Senah cukup suka kalau program realiti yang mencabar IQ dan EQ.. Fizikal dan Mental..

Dulu kita ada Fear Factor.. Tu pun rancangan realiti.. Tu lagi best..
Roda Impian pun rancangan realiti.. menguji intelektual masyarakat majmuk.. Master Chef pun sekejap nooo ada kt Malaysia.. Indonesia tu bersiri-siri Master Chef depa...

Bila rancangan realiti penyanyi... Emmm boshannn..

Pengadun kandungan TV please la fikirkan lagi...

Quote prince_marhaen 13-5-2025 04:45 PM
Bila yang 'pegang' industri pun geng2 producer zaman2 90an - 2000an, maka masih ada lagi lah rancangan2 ni, dengan format berbeza, tapi tetap nyanyi nyanyi nyanyi... yang menang tak ke mana, yang tak menang ada yang bijak dia dapat management bagus, maka laku lah muka sana sini jadi model/ambassador etc... yang jenis kampung, attitude problem, takut, takde pakej...maka kerjalah macam orang awam biasa.

Sesekali rancangan jadi menarik atau rating tinggi pun sebab tambah rencah asam garam atau cerita kontroversi peserta dia... bukan pasal bakat sangat pun.

Dulu2 sekejap masa era 2010an, penerbit lebih kreatif & fun, syok sebab ada rancangan realiti selain menyanyi; Fear Factor, Roda Impian, Nescafe Kickstart, Supermodel, Most Beautiful, Project Runway, Mastefchef... etc. Penonton sama2 otak jalan berfikir atau suka tengok peserta selesaikan task masing2.
Quote sleepandream 13-5-2025 05:08 PM
yang bestnya dulu2 rancangan bintang RTM lepas jadi juara ada je syarikat rakaman sambar sign kontrak. malam ni menang besok keluar headline sotkaba taw. then keluar lagu meletop2. zaman sekarang ko menang 1 juta pun orang tak kenal ko... baik tengok netflix katanyaaaa
Quote PULANGKAN 13-5-2025 10:58 PM
meh.. format lama..

kata industri hiburan kreatif dan inovatif, bergelar anak seni ke hulu ke hilir

adaptasi la dengan trend semasa. sampai bila nak duduk takuk lama, move on. upgrade.
adapt, or sink with the titanic

orang ramai lebih tertarik kepada hiburan unik, format baharu, kelainan. WOW FACTORs. not these repeated recycle outdated entertainment yada yada yada
Quote gideoncross 14-5-2025 04:53 AM
Zmn budak2 pompuan kat skolah msih trgila2 kn Anding Indrawan
Quote rain2169 14-5-2025 08:52 AM
tak relevan....
Quote acikonion 14-5-2025 11:10 AM
Muak dh ngan program realiti nyanyi2 ni... Tlg la hidup kn balik roda impian.
Quote pauliza 14-5-2025 01:11 PM
Iols personally tertunggu2 GV sebab excited nak tgk artis2 lama yg dh lama muncul blk kat TV .Lebih kpd imbau memory sendiri zmn muda2 dulu jgk cuma lps GV senyap balik lah diaorang ni ,beberapa org je yg boleh kekal relevan Cth mcm Siti Nana .
Quote sukanyanyi 14-5-2025 01:29 PM
Yup, skrg almost bleh predict, sape yg menang tu get redi la masuk gua terus. Byk dh contoh; malas nak sebut je. Amar masda pon penah cite pjg2 psl nasib heols lepas menang af2016..berjaya skang pon bukan sbb menang tu..n amik masa yg tersangat lama..

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sib baik meols tak buang masa bratur nak ujibakat zezaman af batch awal2 dulu. Kalo dpt, mungkin meols jd okg yg di-whoareyus-kan acikpors skrg.
Quote sukanyanyi 14-5-2025 01:48 PM
gideoncross replied at 14-5-2025 04:53 AM
Zmn budak2 pompuan kat skolah msih trgila2 kn Anding Indrawan

Hahaha aaaaahhaha.. meols rase adik meols penah minat heols ittew.. manakala meols ske khai wahi
Quote Sendawg 14-5-2025 01:53 PM
Astro tak buat ke trofi2 AF untuk dijual. Memang geram nak pegang trofi tu masa kecik.
Quote ayukpingu 14-5-2025 01:59 PM
mane juara OIM tu? terus senyap. ke kurang masuk tv? mcm dh tak relevant program realiti ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.167473 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top